arrow-up-icon Terima mata bagi program kesetiaan anda!
Kembali ke maklumat hotel

Komen terkini daripada pengunjung

Pilih Jenis Pengunjung
Sangat Bagus



daripada 1470 ulasan
  • Keadaan Hotel/Kebersihan 8.3
  • Kemudahan 7.1
  • Lokasi 7.1
  • Keselesaan/Standard Bilik 7.9
  • Layanan Kakitangan 8.0
  • Berbaloi dengan harga 8.2
  • Makanan/Tempat Makan 6.3

Ahmad O.
Malaysia
16 Disember 2013
Sangat selesa dan berbaloi dengan harganya.
Lokasi, bilik dan staff
Secara keseluruhannya, saya sekeluarga sangat berpuashati dengan pengalaman menginap di hotel ini kerana biliknya yang luas dan bersih serta suasana persekitaran yang damai dan tenteram dan ditambah pula dengan layanan terbaik oleh kakitangannya. Lokasinya agak jauh sedikit dari pusat bandar dan kawasan membeli belah tetapi ia tidak memberikan masalah kerana saya dan keluarga mempunyai kenderaan yang disewa sepanjang menginap di hotel ini. Bagi mereka yang ada kenderaan sendiri semasa berada di Kuching, hotel ini sangat-sangat baik untuk penginapan yang selesa.

Md N.
Malaysia
12 Disember 2013
percutian yang amat bermakna bagi kami sekeluarga
bilik yang besar bersih dan dekat dengan bandar
Hotel yang sangat berpatutan dengan jumlah wang yang saya bayar.saya sangat berpuas hati bermalam di hotel ini.

Zamzuri I.
Malaysia
25 Oktober 2013
Penginapan Biasa Pinggir Bandar
Bilik besar yang mengadap laut, Kakitangan yang peramah, berdekatan kapal terbang

Nurul K.
Malaysia
21 September 2013
Senang untuk bergerak ke sana ke mari
Lokasi, kebersihan dan shuttle
Seronok kerana bilik menghadap Sungai Sarawak. Setiap bilik memepunyai kawalan penghawa dingin sendiri memudahkan kita untuk mengawal suhu yang dikehendaki.

AZAIR B.
Malaysia
06 September 2013
Hotel yang selesa
Berdekatan dengan tempat makan, membeli belah dan juga lapangan terbang

NORFADZLY J.
Malaysia
01 Mei 2013
Bilik yg selesa, rekaan dalaman yg moden, privasi
Selesa, moden, privasi
Hanya mereka yg menginap di sini dpt akses ke bilik hotel krn memerlukan kad utk naik lif. Jd dari segi privasi Dan sekuriti ia amatlah memuaskan.

Rashdan R.
Malaysia
25 Februari 2013
bilik yang besar dan bersih
one stop centre, keselamatan terjamin, membeli belah di dalam hotel
hotel yang punya semuanya, senang di akses dan selesa diduduki. mempunyai pusat membeli belah didalam hotel bagi tujuan bisnes dan riadah

Noridah I.
Brunei Darussalam
06 Januari 2013
Hotel bersih dan nyaman
Ada kedai dibawah.
Hotel ini sangat bagus ada menyediakan shuttle bus ke pusat bandar kuching dan bayaran murah untuk ke airport. Sangat relax dan santai. Saya berpuas hati dengan hotel ini. Kalau boleh ditambah untuk spa dan urut.

Rolland E.
Malaysia
03 Januari 2013
Cantik dan menarik
Kelengkapan yang baik dan savvy.
Sesuai untuk yang suka kepada moden style hotel. Terdapat shopping mall di tingkat bawah. Easy access ke bandar kuching serta layanan yang memuaskan.

ROHANA T.
Malaysia
04 Disember 2012
Hotel style moden
Sekuriti terbaik dan berasaskan digital
Hotel ini memang cantik dan bersih dengan ciri-ciri moden stail rekabentuk dan corak zen dan warna-warna yang hidup. Perabut dan alatan juga rekabentuk zen stail. Hotel bersih dan kelihatan baru. Ciri-ciri keselamatan memang bagus. Penginap hotel hanya boleh masuk ke tingkat hotel menggunakan kad. Arahan mengemas atau privacy adalah secara digital. Masalahnya kad kunci cuma diberi satu sahaja. Apabila ada ahli yang ingin keluar berseorangan tidak boleh masuk kemudian kerana tiada kunci di lif yang terpaksa ditinggalkan di bilik. Bilik juga agak kecil untuk katil extension.