arrow-up-icon Terima mata bagi program kesetiaan anda!
Kembali ke maklumat hotel

Komen terkini daripada pengunjung

Pilih Jenis Pengunjung
Sangat Bagus



daripada 1470 ulasan
  • Keadaan Hotel/Kebersihan 8.3
  • Kemudahan 7.1
  • Lokasi 7.1
  • Keselesaan/Standard Bilik 7.9
  • Layanan Kakitangan 8.0
  • Berbaloi dengan harga 8.2
  • Makanan/Tempat Makan 6.3

Rasyide R.
Malaysia
31 Mei 2012
Hotel menarik dan perkhidmatan terbaik
ciri-ciri terbaik hotel
Jauh dari tempat makanan halal serta tempat pelancongan

mohd A.
Malaysia
16 Mei 2012
hotel di atas pusat membeli belah
bilik yang besar dan luas
saya menginap 2 malam di bilik deluxe king. lokasi hotel lebih kurang 2-3 km dari 'kuching waterfront'. terdapat pusat membeli belah dibawah hotel. bilik hotel cukup besar dan katil 'king saiz' agak selesa. terdapat kolam renang di tingkat 4 tetapi perlu membawa tuala dari bilik. sarapan pagi memuaskan untuk hotel bertaraf 3 bintang. keseluruhan, saya berpuas hati dengan service dan harga yang diberikan.

Halim S.
Malaysia
14 Mei 2012
hotel yang sangat cantik dan bilik yang selesa.
kebersihan hotel dan kemudahan pengangkutan.
hotel ini amat menakjubkan dan bersih.biliknya amat selesa dan kondisi penghawa dimgin amat baik. bilik airnya juga amat bersih sekali. sarapan pada hari pertama kurang enak. namun pada hari kedua sarapan yang disediakan amat memuaskan hati. kemudahan pengangkutan juga memudahkan kita untuk kebandar dan kelapangan terbang. cuma hotel ini agak jauh dari pusat membeli belah seperti water front.

Affanddy N.
Malaysia
14 Mei 2012
Bilik cantik namun khidmat kaunter lembab & lambat
Bilik bersih, keselamatan terjamin
Saya cukup teruja bila menginap dalam bilik hotel ini kerana tersangat cantik, serba baru dan bersih. Tetapi sedikit hampa perkhidmatan kaunter didapati sambil lewa membuat saya lama menunggu hampir 20 minit untuk dapatkan kunci bilik, sedangkan tetamu lain yang lebih lambat daftar masuk mendahului. Staf kaunter banyak kerenah kerana mereka masih sempat berborak panjang sedangkan saya sudah lama berdiri menunggu untuk dapatkan kunci. Pihak hotel sepatutnya jangan ambil orang ini bekerja di tempat seperti ini.

Nasiruddin M.
Malaysia
07 Mei 2012
Hotel Menarik.
Cantik
Bilik yang cantik dan menarik. Permandangan yang cantik dari tempat tinggi.

rashidah Y.
Malaysia
18 April 2012
Bilik luas tapi suasana persekitaran tidak menarik
Bilik yang luas sesuai untuk keluarga ramai dengan harga yang murah
Sangat berpuas hati dengan keadaan bilik dan makanan yang disediakan.

JULETA S.
Malaysia
05 April 2012
Bilik dan perkhidmatan bertaraf 5 bintang
susun atur yg menarik dan layan kakitangan yang baik.
bilik selesa dan susun atur yang menarik, cuma kalau boleh tandakan pertunjuk arah kiblat bagi memudahkan pelanggan yang berugama islam. Mengenai dengan suttel van yang disediakan kalau boleh ditambahkan waktu2 nya contohnya dilanjutkan sehingga ke jam 9.00 malam dari pekan kuching.

mohd I.
Malaysia
02 April 2012
Bilik yang menarik
Kurang kesesakan dari bandar
Keselesaan bilik yang baik serta harga yang berpatutan.Tempat yang menarik walaupun berjauhan dari bandar kuching.

Noor R.
Malaysia
27 Mac 2012
Hotel yang menarik
Servis yang memuaskan
Servis dan layanan yg memuaskan.Suasana bilik hotel yang luas dan cantik. Lokasi yang tidak jauh dari bandaraya Kuching dan sesuai untuk pengembara yang menyewa kereta disini.

RASHIDAHTUL R.
Malaysia
17 Mac 2012
lokasi jauh dari bandar tapi memuasakan
dari segi shuttel memang best
suasa hotel yang sangat mendamaikan..jauh dari bandar kuching tapi mempuanyai perkhidmatan shuttel antara hotel ke bandar memang terbaik..dan free service shuttel ke bandar