arrow-up-icon Terima mata bagi program kesetiaan anda!
Kembali ke maklumat hotel

Komen terkini daripada pengunjung

Pilih Jenis Pengunjung
Sangat Bagus



daripada 1470 ulasan
  • Keadaan Hotel/Kebersihan 8.3
  • Kemudahan 7.1
  • Lokasi 7.1
  • Keselesaan/Standard Bilik 7.9
  • Layanan Kakitangan 8.0
  • Berbaloi dengan harga 8.2
  • Makanan/Tempat Makan 6.3

norfadzliana K.
Malaysia
12 Mac 2012
Hotel menarik dan selesa
kemudahan yang memuaskan
kemudahan yang baik kerana terdapat shopping mall di bawah hotel. penginapan yang memuaskan dan selesa.

Izzati G.
Malaysia
08 Mac 2012
Hotel Bertaraf 4Stars Yang Murah
bilik yang selesa dan bersih
hotel ini sangat bagus. anda boleh check in awal.. dan jika anda nak check out lambat pun boleh. staff yang friendly. toilet yang sangat luas tetapi size bilik yang kecil. tidak seperti yang digambarkan dalam gambar yang terdapat dalam website ini. free breakfast. tower A ini mempunyai kelebihan iaitu mempunyai wi-fi free di bilik sesuai untuk businessman. tetapi kalau bawa anak-anak silalah pilih tower B kerana banyak kemudahan hotel kat sana. selain tu, kat bawah hotel ini adalah SCR (singapore chicken rice) restaurant. HALAL!! dan bagi sesiapa yang nak ke bandar ada coach disediakan dan juga airport transfer. namun begitu, lokasi hotel ini agak jauh tetapi coach2 yang disediakan memudahkan para tetamu hotel. if u are lucky, u can request bilik yang berhadapan dengan waterfront! pemandangan indah dikala matahari terbit dan terbenam.

Nor N.
Malaysia
05 Mac 2012
Hotel hebat dengan harga yang berpatutan
Interior dan kemudahan di dalam bilik dan hotel
Semua ciri-ciri hotel amat hebat dengan harga yang berpatutan. Dekorasi dan interior bilik sangat selesa dengan ciri-ciri moden, kemudahan di dalam bilik lengkap termasuk seterika. A++! Lagi kemudahan yang menarik ialah servis shuttle untuk lapangan terbang dengan tambang terbaik, termasuk servis ke pusat bandar dengan percuma. Kekurangan yang ketara ialah lokasi hotel di kawasan yang agak malap dan sunyi, itu saja.

Azizul R.
Malaysia
03 Februari 2012
Hotel yang menarik dan pemandangan yang cantik
Keselesaan bilik dan perabot yang baru
Hotel ini amat disarankan kepada Pengembara perniagaan dan mereka yang pentingkan keselesaan. Bilik amat luas dan hiasan dalaman yang menarik, seperti berada di rumah. Kakitangan juga ramah dan sedia membantu sekiranya memerlukan bantuan.

Mohammad I.
Malaysia
18 Januari 2012
Hotel yang amat selesa, cantik sebab semuanya baru
Juadah makanan yang banyak dan perkhidmatan yang terbaik
Yang pertama terima kasih kepada pihak hotel kerana membenarkan kami check in awal sekitar jam 12 tengah hari. Yang kedua perkhidmatan yang cepat oleh pihak hotel dalam menyelesaikan masalah teknikal berkenaan penghawa dingin yang tidak sejuk dalam masa 1 jam selepas membuat aduan. Yang ketiga ialah makanan yang terbaik dan banyak semasa sarapan pagi amat berbaloi berbanding apa yang dibayar untuk harga hotel tersebut. Yang keempat ialah saya kurang berpuas hati dengan set mandian dan minuman kerana hanya satu set yang diberi untuk sehari, secara rasionalnya kami tinggal untuk 4 orang, tapi set mandi dan minuman hanya untuk 1@2 orang sahaja.Kalau boleh biarla disediakan lebih. Sekiranya kami tidak mengambil perkhidmatan housekeeping, maka tiada penambahan set berkenaan. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati denga penginapan di sini.

Muhamad A.
Malaysia
11 Januari 2012
Hotel menarik dan selesa
suasana bilik yang menarik, lcd tv di dinding
Saya sangat selesa menginap di hotel ini walaupun kami sampai hotel awal tetapi pihak hotel membenarkan kami daftar bilik awal. Sarapan pagi tidak banyak pilihan. Pihak hotel juga menyediakan peta bandar Kuching berserta tempat menarik untuk dilawati dan tempat makan yang sgt membantu. Tempat meletakkan kenderaan di tingkat bawah hotel juga sentiasa ada cuma tiada staff yang menjaga. Lokasinya sedikit jauh dari Bandar Kuching tetapi jika ada menyewa kenderaan lokasinya tidak menjadi masalah.

anisah A.
Malaysia
09 Disember 2011
bilik menarik, service memuaskan
faciliti memuaskan, bilik mandi agak besar.
Selesa dgn keadaan bilik untuk 5 orang. Kemudahan memuaskan dgn shopping complex dekat hotel. Traffik selesa ke bandar. Cuma menu breakfast perlu diupgrade/perbaiki. Tidak banyak pilihan dan kurang enak.

Laurence I.
Malaysia
08 Disember 2011
Lokasi Strategik dan perkhidmatan yang memuaskan
Pengurusan bilik hotel yang sangat baik
Ruangan bilik adalah besar dengan fasiliti yang memuaskan.Kerja pembersihan bilik dijalankan dengan baik dan cepat.Terdapat tempat parking kereta dan kenderaan berada dalam keadaan selamat.Tambahan pula,terdapat shopping mall untuk memudahkan kami membeli barangan keperluan.Syabas!!!!!

Fahmi Y.
Malaysia
02 Disember 2011
hotel yang menarik,cantik dan bersih
gaya persembahan bilik amat cantik dan amat selesa
Mempunyai tempat letak kereta yang selesa dan berdekatan dengan pusat membeli belah dan makanan mudah di dapati

Faridah E.
Malaysia
24 November 2011
hotel yang mempunyai pelbagai kemudahan
tempat membeli belah dan tempat makan hampir dengan lobi hotel
Amat memuaskan, menjadi hotel pilihan utama tiap kali berkunjung ke Kuching kerana bilik yang cukup selesa.Tempat makan dan shopping mall hanya di lobi hotel sahaja.