Kembali ke maklumat hotel

Komen terkini daripada pengunjung

Pilih Jenis Pengunjung
Bagus



daripada 620 ulasan
  • Keadaan Hotel/Kebersihan 7.8
  • Kemudahan 6.1
  • Lokasi 7.2
  • Keselesaan/Standard Bilik 7.7
  • Layanan Kakitangan 7.9
  • Berbaloi dengan harga 8.0
  • Makanan/Tempat Makan 6.4
Saring ikut

JULIANA R.
Malaysia
11 Oktober 2012
"Lovely hotel and service with a smile"
best features of the hotel
Hotel yang sangat cantik, menarik dan tertarik... di sebelah hotel ni ada shopping kompleks... bolehla kalau nak beli barang keperluan coz bersebelahan dengan shooping kompleks.

Sharon L.
Malaysia
20 September 2012
Hotel menarik dan perkhidmatan yang mesra
Bilik yang cantik dan selesa
Bilik dan persekitaran hotel sangat cantik dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi kecuali di dalam hotel ada salah satu lift yang selalu tersekat menyukarkan saya untuk naik atau turun. Terpaksa menunggu lift yang satu lagi. Diharapkan pihak hotel mengambil langkah memperbaiki lift berkenaan secepat mungkin untuk keselesaan semua.

Nurul S.
Malaysia
18 September 2012
Berpatutan dengan harga yang di tawarkan
Servis yang cepat, kakitangan yang mesra
Hotel sesuai bagi tujuan mesyuarat, walaupon agak jauh dari bandar ( WaterFront-ken menaiki kenderaan) tetapi sesuai bagi tetamu yang inginkan ketenangan, merehatkan diri dengan melihat pemandangan dari hotel.

MOHD R.
Malaysia
06 September 2012
Urban style. Lokasi menarik
Bilik yang luas. Moden. Bersih.
Sangat menarik. Katil yang empuk dan selesa. Bilik yang besar dan juga bersih.

awgku E.
Malaysia
04 September 2012
Hotel selesa tetapi sarapan kurang
bilik yang selesa, konsep yang menarik
Keselesaan sangat. baik dengan dekorasi yang trendy. Perkara yang perlu diperbaiki adalah sarapan yang sangat lemah. Makanan disediakan masih mentah.

Suzila W.
Malaysia
17 Julai 2012
hotel bandar
dekat dgn bandar
bilik yang kemas,selesa dan besar. sarapan yang sedap. pekerja yang peramah. akan kembali ke hotel ini semula.

ting I.
Malaysia
06 Jun 2012
Hotel yang menarik dan perkhidmatan yang selesa
Suasana yang relaks, ceria dan tenang
Bilik penginapan yang luas, kemudahan yang lengkap terutamanya mesin basuh dan ditambah lagi dengan lokasinya yang terletak di atas kompleks membeli belah amat menyenangkan kami. Hiasan dan pilihan warna bilik yang terang dan ceria berjaya menceriakan semula emosi kami. Manakala tempat rehat di sekitar kolam renang mampu membuatkan kami sekeluarga berasa relaks dan tenang. Syabas, sebuah hotel yang berbaloi untuk dicuba!

dayang B.
Malaysia
01 Jun 2012
bilik yang luas dan lokasi yang hebat
alat seterika yang sedia ada dan perkhidmatan internet/wifi percuma
lokasi hotel yang sangat strategik bagi pelanggan yang mempunyai urusan di petrajaya mahupun kawasan bandar. hotel yang selari dengan hock lee centre, lebih memudahkan pelanggan mendapatkan keperluan makanan mahupun keperluan asas yang lain. bilik yang luas dan mempunyai kelengkapan lengkap, sangat berbaloi jika dibandingkan dengan nilai harga bilik. namun pihak hotel perlu lebih prihatin dari segi kebersihan, makanan, kolam kanak2 dan perkhidmatan pelanggan.

Nasiruddin M.
Malaysia
25 April 2012
Permandangan yang menarik.
Bilik Baru
Bilik baru yang menarik dan selesa.Makanan yang dihidangkan baik bersih, dibawah ada kedai dan restoran dan ada supermarket, kedai baju, kedai kasut, kedai elektrik, Karaoke, parking percuma untuk penginap hotel. ada kolam renang, tinggi, permandangan yang cantik dari bahagian bilik tinggi.

rashidah Y.
Malaysia
17 April 2012
Bilik luas tapi suasana persekitaran tidak menarik
Sangat privacy dan sesuai untuk pasangan yang igibkab kelainan
Sanagat berpuas hati dengan keadaan bilik dan makanan yang disediakan banyak pilihan dan enak.