arrow-up-icon Terima mata bagi program kesetiaan anda!
Kembali ke maklumat hotel

Komen terkini daripada pengunjung

Pilih Jenis Pengunjung
Bagus



daripada 614 ulasan
  • Keadaan Hotel/Kebersihan 7.8
  • Kemudahan 5.5
  • Lokasi 7.2
  • Keselesaan/Standard Bilik 7.7
  • Layanan Kakitangan 7.9
  • Berbaloi dengan harga 8.0
  • Makanan/Tempat Makan 6.4

DrAlauddin S.
Malaysia
09 Februari 2012
Hotel menarik, kemudahan lengkap dan teratur
Bilik selesa
Hotel ini berada di luar pusat bandar. Namun begitu, hotel ini mempunyai tarikan sendiri. Ia bersih, kemas dan selesa. Anda membayar setimpal dengan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti yang diberi. Staf hotel bersedia untuk membantu apabila anda ingin mendapatkan maklumat mengenai tempat makan, lokasi tarikan pelancong dan pengangkutan.

shukri Z.
Malaysia
10 Januari 2012
hotel baru yang moden
sistem keselamatan terkini, staff yg mesra, bilik yang luas, pemandangan yang cantik
hotel yang moden dan serba baru, tv 32" flatscreen, sistem security lift dan bilik yg canggih. bagi keluarga yang bercadang untuk bercuti di kuching dan mementingkan keselesaan, boleh cuba hotel ini. cuma kedudukan yang agak jauh dari bandar / waterfront, teksi ke bandar menggunakan meter lebih kurang rm14-15.

Mohd Y.
Malaysia
22 Disember 2011
Hotel menarik utk seisi keluarga
Bilik dan apartmen yng cantik
Salah satu penginapan yang menarik. amat berbaloi berada di hotel ini.

SUFI R.
Malaysia
07 Oktober 2011
Hotel yang sangat bagus, saya mesti pilih!
Bilik yang selesa, servis bertaraf 5 bintang, harga sangat berpatutan
Pengalaman yang sangat menakjubkan di hotel ini. Walaupun fasiliti berada di tahap sederhana tetapi sebaik melangkah ke dalam bilik hotel, saya terasa berada di dalam bilik hotel 5 bintang. Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Layanan & servis sangat memuaskan.

Loewella L.
Malaysia
14 September 2011
perkhidmatan hotel yg baik
bilik besar, selesa dan layanan yg baik
saya amat suka menginap di hotel ini sebab bilik yang selesa serta layaan yang baik. ini menyebabkan saya telah menginap di sini berkali-kali apabila ke kuching.Anak2 & suami saya pun suka menginap di sini.

Loewella L.
Malaysia
06 Ogos 2011
hotel yang indah & selesa
bersih, selesa & bilik yang besar
saya sangat suka menginap di hotel ini kerana segalanya seperti rumah kedua. Saya suka dengan kebersihan bilik, keluasan bilik dan keselesaan katilnya serta kolam renang. Anak sungguh seronok apabila menginap di sini. Lagipun harganya berpatutan. Layanan staff pun baik.

WIDYAWATI M.
Malaysia
21 Jun 2011
hotel yg sgt selesa
bilik yg selesa,besar dan lengkap
hotel yang agak murah dan perkhidmatan yang baik. bilik yang besar,selesa dan lengkap.....bangunan hotel menyediakan pelbagai kedai dan restoran. restoran yang menyediakan makanan yang sedap dan sgt bersih.kami amat berpuas hati menginap di hotel ini.

HASRUL H.
Malaysia
16 Jun 2011
Hotel baik dengan layanan yang mesra
Selesa dan sungguh mudah.
Hotel yang dilengkapi dengan pusat membeli belah. Terdapat barangan berjenama seperti kasut dan alatan muzik yang dijual selain barangan runcit. Restoran SCR tentunya pilihan terbaik untuk selera anda. Kualiti makanan yang disediakan menepati citarasa semua.

HASRUL H.
Malaysia
24 Mei 2011
Bilik yang cukup luas dan selesa
Tempat makan ( SCR Express ) menyediakan makanan yang enak dan hanya di tingkat bawah hotel
Bilik yang disediakan cukup luas dan selesa. Juga room ammenities yang baik. Segalanya ada disini sekiranya anda ingin berada sedikit jauh daripada kota. Terdapat pusat membeli belah 3 tingkat yang membolehkan anda membeli barang-barang keperluan ataupun fesyen pilihan dan yang paling hebat, SCR Express restoran makanan segara yang menyediakan pelbagai menu pilihan dengan kualiti yang tinggi. Ini adalah hotel yang hebat dengan layanan yang cukup memuaskan.

MOHD K.
Malaysia
17 Mei 2011
bilik luas dan memuaskan..
pandangan keseluruhan bandaraya kuching dapat dilihat dan dinikmati
dari segi kebersihan memuaskan, pintu-pintu hotel dan tempat letak kereta semua berfungsi dengan sentuhan kad yang penuh dengan ciri-ciri keselamatan yang memuaskan. keluasan bilik boleh dibanggakan dengan nilai harga hotel. ia sangat berbaloi. di sekitar bangunan hotel, anda mudah mencari makanan halal dan membeli belah hanya berjalan kaki dalam bangunan hotel sahaja. semuanya ada daripada pakaian, makanan mahupun gadget-gadget dan salon. kawasan video permainan kanak-kanak juga ada di sana. secara keseluruhan hotel ini dapat memberi segalanya. menjimatkan masa anda membeli-belah dan menjimatkan wang untuk bergerak jauh menggunakan kereta dan sebagainya. syabas!