Kembali ke maklumat hotel

Komen terkini daripada pengunjung

Pilih Jenis Pengunjung
Bagus



daripada 620 ulasan
  • Keadaan Hotel/Kebersihan 7.8
  • Kemudahan 6.1
  • Lokasi 7.2
  • Keselesaan/Standard Bilik 7.7
  • Layanan Kakitangan 7.9
  • Berbaloi dengan harga 8.0
  • Makanan/Tempat Makan 6.4
Saring ikut

shafrina R. dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap satu malam di Ogos 2013
sangat selesa,sangat berpuas hati
katil,internet,murah
sangat berpuas hati disebabkan harga bilik yang amat berpatutuan, disamping internet yang laju, pekerja hotel yang mesra, bilik yang sangat selesa, katil yang besar , lokasi yang strategik
Diulas 07 November 2013

Ong W. dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap 4 malam di Mei 2013
50% puas hati, 50% tak puas hati
Katil, makanan, car park
Saiz bilik besar, katil pun selesa, Tetapi air-con tak bagus. banyak keluar bunyi bising dan keluar air. takut akan banjir tengah malam. Lif pun ada masalah, bila pintu lif dah buka, tapi masih bergerak. menakutkan!! pernah adu dengan pegawai hotel tapi mereka hanya jawab," memang macam itu" .....setiap kali masuh lif, langsung tak berani bergerak....dan swimming pool itu, air sangat kotor...
Diulas 31 Julai 2013

Laurence I. dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap 4 malam di Jun 2013
Memuaskan
Bilik yang bersih, besar dan aman.
Untuk lawatan seterusnya, 360 Urban Resort Hock Lee Center tetap jua pilihan hati.Semuanya memuaskan kecuali rekabentuk tab bilik mandi yang terlalu kecil dan juga sistem saluran paip yang mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan setiap kali kumbahan dibuat. Bilik adalah cukup besar dan menyenangkan pergerakan.Layanan staf adalah baik dan kerja pembersihan dilakukan dengan cukup efektif. Internet diakses dengan mudah dan ini menyenangkan saya membuat tugas rasmi disamping beriadah.
Diulas 15 Jun 2013

Mohd Z. dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap 3 malam di April 2013
selesa,best...
bagus,menarik,teruja
Diulas 06 Mei 2013

Khairiah Y. dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap 3 malam di Mac 2013
Sangat selesa dan berbaloi
nice view, bilik yang luas dan lokasi strategik
Diulas 05 April 2013

Norfaiz N. dari Malaysia
Pelancong bisnes
Menginap 2 malam di Mac 2013
Keselesaan dalam menikmati keindahan Kuching
Bersih, Selesa dan yang pemandangan indah
Diulas 29 Mac 2013

Rex C. dari Malaysia
Pasangan
Menginap 4 malam di Disember 2012
Hotel dengan harga yang berpatutan and bilik hebat
Ada Swimming pool yang menarik
Hotel ini ada laundry room yang boleh dipakai oleh semua. Hotel ini berada di lokasi yang bagus. Makanan boleh didapati di dalam Bangunan Hock Seng Lee.
Diulas 08 Januari 2013

Abdul A. dari Malaysia
Pelancong solo
Menginap satu malam di Disember 2012
Selesa, menarik dan mesra
harga yang berpatutan
harga yang berpatutan dan reka dalaman bilik amat menarik seperti hotel mewah. ruang yang luas dan makanan yg ok
Diulas 07 Januari 2013

NOOR O. dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 3 malam di Disember 2012
Hotel yang menarik dan perkhidmatan yang baik.
Menggunakan sistem yang moden.
Hotel yang menarik. Peralatan dan perabot dalam bilik hotel kelihatan baru. Boleh nampak pemandangan Sg Santubong dari bilik penginapan. Perkhidmatan dari staf hotel juga baik dan sangat membantu.
Diulas 27 Disember 2012

zakaria L. dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 4 malam di November 2012
hotel yang menarik dan bilik luas
ada perkhidmatan dobi sendiri
penginapan yang menarik dan sesuai bersama keluarga. Dekat dengan waterfront dan pusat membeli belah. Pealatan yang cukup dan berkeadaan baik dan bersih. Pengemasan bilik yang cepat dan kemas. Sesuai untuk membawa anak-anak kerana ada kolam renang. Tidak terlalu sibuk. Pemandangan dari bilik yang menarik menghadap ke sungai kuching. Sesiapa yang menginap di sini pasti akan berpuashati. Berbaloi ringgit yang dilaburkan. Pembaikan lif yang rosak patut dipercepatkan.
Diulas 01 Disember 2012