atau

21 orang sedang mencari hotel di Amsterdam sekarang!Tempah hari ini untuk mengelakkan kekecewaan

TEMPAH SEKARANG BAYAR KEMUDIAN

Tersedia sekarang di beribu-ribu bilik hotel.

Tempah lebih bijak. Tempah agoda.

 

Jimat Banyak

Jaminan harga paling rendah

Tawaran eksklusif ahli Agoda!

 

Pilihan mudah

500,000+ hotel di 55,000+ destinasi

8,000,000+ ulasan oleh pelanggan sebenar

 

Kami sedia membantu

bantuan 24/7 dalam bahasa Inggeris dan 12 bahasa lain

Mercu tanda Amsterdam

Tempat-tempat tarikan

 

Amsterdam

Kota Belanda ini terkenal sebagai pusat kebudayaan yang memiliki himpunan koleksi seni, hiburan dan senibina yang menarik pelancong untuk berkunjung ke sini. Amsterdam sebuah bandar pelbagai karakter memiliki banyak kawasan yang menepati setiap keperluan usia, citarasa dan bajet. Pelancong ke Belanda akan tiba melalui Lapangan Terbang Schipol, destinasi persinggahan popular bagi penerbangan Eropah, di mana terdapat perkhidmatan keretapi ekspres untuk ke Amsterdam.

Gambaran awal Amsterdam bagi kebanyakan pelancong yang pertama kali ke sini adalah hiburan malam yang mengujakan tetapi sebenarnya kota ini menawarkan lebih daripada itu. Cafe-cafe yang wujud di serata kota ini merupakan kebanggaan warga kota ini sepertimana kewujudan muzium bertaraf dunia. Di tempat sebeginilah pelukis ternama seperti Van Gough mendapat ilham. Kota ini sesuai dikunjungi oleh semua sama ada pengembara dan pelajar sehinggalah kepada keluarga dan golongan berada. Terdapat pelbagai jenis hotel yang wujud di Amsterdam daripada rumah yang diubahsuai menjadi hotel butik sehinggalah hotel mewah.

Hotel terbaik di Amsterdam terletak di Amsterdam-Centrum, kawasan kejiranan bandar Amsterdam yang paling lama. Kawasan Red Light merangkumi satu sudut di daerah pusat akan tetapi banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Deretan kedai dan muzium terletak di setiap rangkaian terusan dan pelancong boleh bersiar-siar sama ada berjalan kaki atau menyewa basikal di sepanjang terusan untuk ke cafe tepi jalan atau butik yang hebat.

Kunjungan ke Amsterdam pasti tidak lengkap jika tidak mengunjungi Amsterdam Oud Zuid, sebuah bandar kecil elit yang terletak di bahagian selatan. Bandar ini terkenal dengan pasar-pasar jalanan dan kawasan kejiranan yang menarik. Terdapat sebuah tempat yang dipanggil Dataran Muzium yang menjadi tumpuan pelawat kerana menempatkan banyak muzium terkenal. Bagi pelancong yang ingin menghabiskan masa menjelajah galeri seni, terdapat hotel penginapan berdekatan Rijksmuseum, sebuah institusi seni bertaraf dunia.

Salah satu cara menghayati keindahan Amsterdam adalah dengan menyewa motosikal atau berkayuh mengelilingi bandar ini. Perkara yang menjadi satu kemestian bagi setiap pelancong yang melawat ke sini adalah sesat di rangkaian terusan yang menghiasi kota ini.

lihat lebih banyak

Amsterdam Belanda
1006 hotel

Hotel Amsterdam terkenal

Popular sekarang di Amsterdam

 
Masukkan tarikh perjalanan anda dalam kotak carian di sebelah kiri untuk menyemak kadar dan ketersediaan serta berupaya menyusun hotel supaya dapat mencari hotel pilihan anda dengan cepat.

Lihat semua hotel di Amsterdam

Hotel Amsterdam Popular:

AS-AGWEB-3C08