atau

1205 orang sedang mencari hotel di Bali sekarang!Tempah hari ini untuk mengelakkan kekecewaan

TEMPAH SEKARANG BAYAR KEMUDIAN

Tersedia sekarang di beribu-ribu bilik hotel.

Tempah lebih bijak. Tempah agoda.

 

Jimat Banyak

Jaminan harga terbaik

Tawaran eksklusif ahli Agoda!

 

Pilihan mudah

500,000+ hotel di 55,000+ destinasi

8,000,000+ ulasan oleh pelanggan sebenar

 

Kami sedia membantu

bantuan 24 jam dalam bahasa Inggeris dan 12 bahasa lain

Mercu tanda Bali

Bali

Bali amat berbeza dibandingkan dengan wilayah-wilayah lain di Indonesia dan ia menjadi tempat kegemaran di kalangan pengembara sejak sekian lama. Peluncur ombak yang mengembara telah datang ke sini sejak tahun 1930-an lagi tetapi hanya pada tahun 1960-an barulah ia menjadi satu ikutan. Kini, legasi itu masih berterusan dan Bali menjadi tumpuan peluncur serta pelancong resort mewah. Bali menawarkan pesisir pantai yang panjang dan kemudahan penginapan yang pelbagai.

Indonesia memiliki populasi penduduk beragama Islam yang teramai di dunia tetapi Bali mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Agama Hindu telah bertapak di sini sejak 2,000 tahun dahulu. Terdapat banyak kuil Hindu yang menarik, pameran kebudayaan, sawah padi bertingkat serta pelbagai festival berwarna-warni yang patut dilawati- berbaloi untuk mengambil gambar.

Kuta merupakan daerah resort yang paling sibuk di Bali, memiliki beberapa buah hotel mewah. Rumah tumpangan murah banyak didapati di bahagian belakang waterfront yang tidak jauh dari pantai. Dari sini, pelancong boleh menaiki teksi atau menyewa motosikal untuk ke Uluwatu, kawasan batu kapur yang terjulur keluar dari laut. Pelancong ke Uluwatu adalah untuk melawat kuil, meluncur ombak atau melihat matahari terbenam. Nusa Dua/Benoa sebuah lagi tempat pelancongan yang memiliki banyak hotel mewah dan ternama.

Legian adalah tempat yang harus dikunjungi. Pantai ini merupakan tempat terbaik untuk meluncur ombak dan di sekitar hotel terdapat deretan restoran dan bar. Aktiviti seharian di Legian bermula dan berakhir di pantai. Kedai luncur ombak menyediakan kelas pada sebelah siang dan bertukar kepada bar dan tempat bermain muzik menjelang senja. Pantai Kuta adalah sangat terkenal dan menawarkan pelbagai jenis resort mewah yang menghadap pantai.

Ke arah selatan terletaknya lapangan terbang Denpasar, Lapangan Terbang Ngurah Rai, salah sebuah hab pelancongan yang tersibuk di Indonesia. Penerbangan di sini menghubungkan ke bandar-bandar penting di seluruh Asia dan kebanyakan hotel-hotel utama di Bali menawarkan perkhidmatan penghantaran percuma dari lapangan terbang. Bagi mereka yang menginap jauh dari lapangan terbang Bali, terdapat perkhidmatan teksi bermeter dan kereta sewa yang boleh diuruskan di Balai Ketibaan.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Bali sila klik pada peta Bali di sebelah kiri halaman.

Tip melancong di Bali: Bagaimana cara melakukan perjalanan darat di Bali.

Bali Indonesia
3623 hotel

Hotel Paling Laris di Bali

Popular sekarang di Bali

Masukkan tarikh perjalanan anda dalam kotak carian di sebelah kiri untuk menyemak kadar dan ketersediaan serta berupaya menyusun hotel supaya dapat mencari hotel pilihan anda dengan cepat.

Lihat semua hotel di Bali

Hotel Bali Popular:

AS-AGWEB-3B07