number of reviews

Pelanggan kami gemar Barcelona berdasarkan 24,000 ulasan


  1. Lebih lanjut tentang Barcelona

Barcelona

Ibu negeri Catalonia, Barcelona adalah bandar Sepanyol paling kosmopolitan dan terkini. Ia memiliki senibina yang cantik, muzium dan galeri seni bertaraf dunia serta barang-barang yang paling mengikut fesyen di Eropah. Ketibaan pelancong adalah menerusi Lapangan Terbang Barcelona, sebuah kemudahan dua terminal yang terletak beberapa batu di luar pusat bandar. Pelawat bisnes dan pelawat yang singgah sebentar boleh menginap di hotel-hotel berdekatan Lapangan Terbang Barcelona, tetapi pelancong pasti inginkan penginapan yang paling hampir dengan pusat bandar.

Terdapat banyak hotel di Ciutat Vella, kawasan Barcelona yang bersejarah. Senibina di kawasan kejiranan ini dibina antara kurun ke-13 dan ke-15,menumbangkan dinding lama Roman dan meletakkan asas yang menjadi kawasan Gothik yang paling lengkap di dunia. Binaan bersejarah ini adalah yang terbaik di Barcelona, dengan gargoyle yang memerhati dari atas bumbung katedral; pancutan air yang disinari lampu setelah senja; dan barisan butik berfesyen terkini, cafe dan bar tapas.

Zon lain yang penting adalah Eixample, bahagian bandar ini yang dibina secara terancang dalam bentuk grid berasaskan senibina moden. Senibina yang paling mengagumkan adalah binaan tinggi Sagrada Familia oleh Gaudi, di mana hampir setiap rekaannya terletak berdekatan antara satu sama lain. Kedai-kedai dan hotel-hotel di Eixample mempunyai ciri yang berbeza, menyediakan tona yang ideal untuk bersiar-siar pada waktu pagi dan petang.

Hotel di Barcelona adalah mesra pelancong. Bandar ini menjadi sensasi global sejak tahun 1990an, tetapi ia telah lama menerima kunjungan orang-orang kaya dan berpengaruh sebelum itu. Daripada suasana pelabuhan Mediterranean yang sibuk dan laluan pejalan kaki yang meriah hinggalah kepada kelab tarian flamenco dan bar yang dibuka sepanjang malam, kota dinamik ini benar-benar tidak pernah tidur.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Barcelona sila klik pada peta Barcelona di sebelah kiri halaman.