number of reviews

Pelanggan kami gemar Pulau Batam berdasarkan 31,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Pulau Batam

Kawasan utama di Pulau Batam

Pulau Batam

Pulau kecil milik Indonesia ini terletak 25 kilometer dari Singapura dan merupakan pusat pelancongan dan industri. KedudukanPulau Batam yang dekat dengan Singapura menjadikannya destinasi popular di kalangan rakyat Singapura pada hujung minggu. Selain itu, ia juga menjadi tempat transit bagi pengunjung dalam perjalanan ke Sumatra atau ke Johor Bahru, Malaysia. Terdapat pelbagaipilihan tempat penginapan di sini tetapi resort yang menjadi pilihan pelancong adalah yang terletak berhadapan laut dan menyediakanperkhidmatan cekap.

Tarikan utama Pulau Batam adalah pantai dan aktiviti sukan air yang dianjurkan di sepanjang pantainya.Pantai yang menarik boleh didapati di Pulau Barelang, dihubungkan oleh rangkaian jambatan dari Bantam.Salah sebuah pulau iaitu Galang, terkenal sebagai tempat perlindungan pelarian semasa Perang Vietnam. Pada masa kini, Galang terkenal sebagai pusat pelancongan. Pengunjung ke sini pasti tidak melepaskan peluang untuk berbasikal mengelilingi bekas kem ini dan memberi penghormatandi memorial dan foto pelarian.

Hidangan di Pulau Batam adalah lebih kepada masakan laut dan ia paling mudah didapati di pasar petang waterfront. Resort di pulai ini menyediakan pelbagai pilihan makanan dan pelbagai koleksi menu wain boleh diperoleh di sesetengah resort bertaraf tinggi. Pulau Batam juga merupakan kawasan bebas cukai di mana pengunjung boleh mendapatkanbir dan wain yang diimport dengan harga yang berpatutan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila klik pada Batam Island mapdi sebelah kiri muka surat.