atau

129 orang sedang mencari hotel di Cameron Highlands sekarang!Tempah hari ini untuk mengelakkan kekecewaan

TEMPAH SEKARANG BAYAR KEMUDIAN

Tersedia sekarang di beribu-ribu bilik hotel.

Tempah lebih bijak. Tempah agoda.

 

Jimat Banyak

Jaminan harga paling rendah

Tawaran eksklusif ahli Agoda!

 

Pilihan mudah

500,000+ hotel di 55,000+ destinasi

8,000,000+ ulasan oleh pelanggan sebenar

 

Kami sedia membantu

bantuan 24/7 dalam bahasa Inggeris dan 12 bahasa lain

Mercu tanda Cameron Highlands

Pengangkutan

Stesen Keretapi, Metro dan Bas

 

Cameron Highlands

Terletak lebih kurang 130 batu ke utara Kuala Lumpur, Cameron Highlands merupakan salah satu lokasi istirahat yang ideal untuk para penjajah British ketika musim panas satu ketika dahulu. Setelah dipetakan secara rasmi pada tahun 1885, Cameron Highlands terus membangun dan menjadi salah satu lokasi perlancongan terkenal di Semenanjung Malaysia.

Kini para pelancong bertali arus berkunjung untuk menikmati udara dan suhu yang nyaman dan menyegarkan. Antara tarikan utama Cameron Highlands ialah ladang-ladang teh yang menjadi latar belakang Cameron Highlands, ladang-ladang strawberi dan bunga mawar untuk dilawati. Pakej penginapan hotel turut menawarkan aktiviti jungle trekking ke lokasi-lokasi menarik seperti Gunung Berinchang yang merupakan puncak tertinggi di Cameron Highlands dan boleh didaki secara bersendirian ataupun menggunakan khidmat jurupandu.

Para pengunjung juga boleh menginap di hotel dan chalet sekitar pekan Tanah Rata dan mengunjungi monumen-monumen bersejarah peninggalan penjajah British, ladang-ladang teh dan air terjun Robertson. Pengunjung juga berpeluang untuk melawat Taman Rama-Rama, yang bukan sahaja menempatkan spesis rama-rama, malah pelbagai jenis tumbuhan, bunga dan serangga. Setelah letih menyusuri setiap pelusuk Cameron Highlands, para pelawat boleh bersantai di pub dan menikmati hidangan yang bertemakan gaya Inggeris.

Untuk berkunjung ke Cameron Highlands, para pengunjung boleh memilih untuk memandu kereta sewa ataupun menaiki bas ekspress yang akan mengambil masa empat sehingga lima jam pemanduan dari Kuala Lumpur. Selain itu, pengunjung juga boleh mengikut laluan baru dari Ipoh ke sana.

Untuk maklumat lanjut berkenaan hotel dan pelbagai lokasi menarik sekitar Cameron Highlands, klik peta interaktif Cameron Highlands di sebelah kiri laman ini.

Cameron Highlands Malaysia
97 hotel

Hotel Cameron Highlands terkenal

Popular sekarang di Cameron Highlands

 
Masukkan tarikh perjalanan anda dalam kotak carian di sebelah kiri untuk menyemak kadar dan ketersediaan serta berupaya menyusun hotel supaya dapat mencari hotel pilihan anda dengan cepat.

Lihat semua hotel di Cameron Highlands

Hotel Cameron Highlands Popular:

AS-AGWEB-3C08