number of reviews

Pelanggan kami gemar Cape Town berdasarkan 6,130 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Cape Town

Kawasan utama di Cape Town

Cape Town

Cape Town merupakan sebuah destinasi pelancongan popular di Afrika. Bandar ini memiliki muzium yang hebat, galeri seni dan senibina Belanda di City Bowl selain peluang melakukan aktiviti sukan seperti rock climbing, mountain biking dan memerhati hidupan liar di Table Mountain. Ia juga merupakan destinasi luncur ombak yang terkemuka selain sukan air lain seperti wreck diving dan berkayak.

Penginapan di Cape Town adalah antara yang terbaik di dunia, di mana ia menawarkan kadar rendah di luar musim iaitu sepanjang bulan Mei-September. Cape Town terkenal dengan pelbagai jenis rumah tamu yang berpatutan namun begitu hotel mewah dan motel selesa juga turut ditawarkan. Pusat bandar Cape Town ( dikenali juga sebagai City Bowl ) berbentuk seperti amphiteater dan mengandungi daerah terkenal seperti V&A Waterfront. Pelancong banyak menghabiskan masa di sini di kedai-kedai, restoran dan hotel bersejarah di Pusat Bandar Cape Town.

Pasar jalanan di Cape Town menawarkan pelbagai jenis kraftangan Afrika seperti cenderahati pada harga berpatutan dan fesyen bertema Afrika rekaan pereka fesyen tempatan. Laluan berbatu buntar De Waterkant meriah dengan butik-butik dan kafe bercitarasa terkini. Selepas seharian membeli-belah, tempat paling menyeronokkan untuk berparti adalah di Long Street atau sepanjang laluan bohemia di Lower Main Road.

Citarasa peminat sukan turut diambil kira di Cape Town. Pertandingan kriket, ragbi dan sukan layar selalu dianjurkan dan pada bulan Jun-Julai 2010 Piala Dunia FIFA berlangsung di sini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town telah dinamakan sebagai Lapangan Terbang Terbaik di benua Afrika oleh World Airport Awards bagi tahun 2009 dan ia menghubungkan ke bandar-bandar seluruh dunia. Terdapat beberapa buah hotel berhampiran Lapangan Terbang Cape Town, tetapi ramai memilih untuk menaiki teksi sejauh 12 batu ke City Bowl. Di kawasan bandar, pengangkutan awam meliputi keretapi komuter dan teksi. Berbasikal di bandar ini merupakan aktiviti popular dan terdapat beberapa buah kedai sewa basikal di bandar ini.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Cape Town, sila klik pada peta Cape Town di sebelah kiri halaman.

Tips melawat Cape Town: Lima cara untuk memanjakan diri anda di Cape Town.