atau

TEMPAH SEKARANG BAYAR KEMUDIAN

Tersedia sekarang di beribu-ribu bilik hotel.

Tempah lebih bijak. Tempah agoda.

 

Jimat Banyak

Jaminan harga paling rendah

Tawaran eksklusif ahli Agoda!

 

Pilihan mudah

500,000+ hotel di 55,000+ destinasi

8,000,000+ ulasan oleh pelanggan sebenar

 

Kami sedia membantu

bantuan 24/7 dalam bahasa Inggeris dan 12 bahasa lain

Mercu tanda Chennai
 

Chennai

Ia dikenali sebagai Madras sebelum bertukar nama kepada Chennai. Chennai adalah sebuah bandar pelabuhan yang besar dan terletak di sebelah selatan Tamil Nadu. Pengunjung yang ke Chennai akan tiba melalui dua cara pengangkutan sama ada melalui pengangkutan udara atau keretapi. Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai adalah sebuah hab perjalanan antarabangsa yang sibuk di mana ia menghubungkan bandar-bandar besar di serata Asia, Eropah dan Amerika. Pelabuhan Chennai yang terletak di Teluk Bengal pernah menjadi pusat perjalanan pada suatu masa dahulu tetapi sekarang ia hanya berfungsi sebagai terminal kontena, salah sebuah pelabuhan tersibuk di dunia.

Terdapat banyak pengaruh senibina kolonial British di Chennai termasuk di Fort St George, selatan Pelabuhan Chennai. Selain itu terdapat banyak senibina berunsur Indo-Saracen yang berada di sini. Senibina yang menggabungkan unsur gothik dan India ini popular pada akhir abad ke -19 di kalangan arkitek British. Contoh bangunan yang dibina menggunakan unsur ini dan terkenal adalah Bangunan Ripon dan Bangunan Kerajaan.

Pengunjung ke Chennai boleh melibatkan diri dalam pelbagai aspek kebudayaan Tamil. Kollywood - Bollywood versi Tamil - berpusat di Chennai dan menghasilkan lebih daripada 150 buah filem setahun. Sepanjang tahun terdapat festival dan konsert yang diraikan melalui tarian, muzik dan seni, bertempat di kuil-kuil Hindu di Chennai untuk merasai pengalaman kebudayaan yang lebih menyeluruh.

Chennai adalah tempat yang terbaik untuk merasai masakan selatan India. Masakan yang mendominasi hidangan di sini adalah kari vegetarian, kekacang dan nasi manakala hidangan beralaskan daun pisang adalah menu gaya India yang dapat mengurangkan perbelanjaan. Penggemar kopi harus mencuba kopi tempatan yang terkenal di serata India. Ia mempunyai rasa manis dan lemak-lemak 'Filter Coffee' yang dimasukkan perasa cikori, sejenis tumbuhan berbunga biru.

lihat lebih banyak

Chennai India
286 hotel

Hotel Chennai terkenal

Popular sekarang di Chennai

 
Masukkan tarikh perjalanan anda dalam kotak carian di sebelah kiri untuk menyemak kadar dan ketersediaan serta berupaya menyusun hotel supaya dapat mencari hotel pilihan anda dengan cepat.

Lihat semua hotel di Chennai

Hotel Chennai Popular:

AS-AGWEB-3C03