number of reviews

Pelanggan kami gemar Chiang Mai berdasarkan 195,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Chiang Mai

Kawasan utama di Chiang Mai

Chiang Mai

Bandar kedua terbesar dan kedua tertua di Thailand, Chiang Mai adalah jauh daripada kesibukan kota metropolis Bangkok. Bandar mempesona ini memiliki mot dan kesan tinggalan benteng pertahanan, Chiang Mai adalah sebuah tempat yang membuatkan perjalanan ringkas dari hotel ke kafe bertukar kepada pengalaman bersiar-siar.

Chiang Mai dipenuhi dengan beratus-ratus buah kuil dan di mana-mana sahaja pelancong boleh menemui pagoda. Hotel di pusat bandar Chiang Mai mempunyai pemandangan kuil dan makam yang terletak berhampiran. Kuil yang paling dihormati terletak di puncak Gunung Doi Suthep di pinggir pusat bandar. Ia boleh dilihat dari setiap sudut pusat Chiang Mai.

Membeli-belah adalah aktiviti wajib berada di Chiang Mai, sama ada berkunjung ke pasaraya berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai atau berjalan melalui kawasan pasar malam yang luas di bandar ini. Secara idealnya, ia melibatkan kedua-dua tempat ini memandangkan kraftangan, ukiran halus, fesyen sutera dan hasil seni asli di Chiang Mai berkualiti tinggi.

Bandar ini juga adalah tempat yang sesuai bagi mempelajari kebudayaan Thai. Dengan kos rendah, pelancong dapat mengikuti kelas memasak, bahasa, yoga atau kelas urutan. Percutian bermeditasi ke biara pergunungan juga popular seperti mana juga lawatan ke kem gajah, termasuk projek pemuliharaan, Taman Semulajadi Gajah. Chiang Mai mempunyai anak beruang panda terkenal, Lin Ping, yang berada disisi ibunya Lin Hui di Zoo Chiang Mai dan berjaya menarik kunjungan beratus orang pelawat setiap hari.

Menjelang senja, suasana moden bandar ini bermula. Restoran antarabangsa, tempat persembahan muzik live dan kelab malam berada di serata bandar. Kelab-kelab yang berada di tepi sungai memainkan gabungan muzik Thai dan muzik antarabangsa terkenal. Kawasan lain yang terkenal termasuk bar pelayan Loy Kroh dan lounge bergaya terkini di Nimmanhaemin Road.

Selain dari gabungan kosmopolitan dan pesona desa, Chiang Mai juga terkenal dengan aktiviti lasak. Pelancong boleh mengatur untuk berjalan melalui trek hutan kawasan utara ini; aktiviti mencabar seperti rock climbing atau berbasikal gunung; dan homestay di perkampungan etnik bukit terpencil.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Chiang Mai, sila klik pada peta Chiang Mai di sebelah kiri halaman.

Tips melancong ke Chiang Mai : Extreme Chiang Mai.