number of reviews

Pelanggan kami gemar Colombo berdasarkan 16,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Colombo

Kawasan utama di Colombo

Colombo

Colombo adalah ibu negara Sri Lanka dan bandar yang amat berjaya secara komersial. Negara yang sememangnya terkenal dengan tarikan pedalaman, bandar ini dikunjungi pelawat untuk merasai sisi bandar besar Sri Lanka. Pusat pentadbiran sebenar telah dipindahkan beberapa batu ke timur bandar ini, tetapi suasana kemeriahan dan komersial kekal di Colombo.

Hotel di Colombo meliputi penginapan bajet, hotel lima bintang dan kelas pertengahan. Hotel butik di kawasan koloni adalah gaya ikutan terkini. Ia terletak berdekatan muzium yang diabadikan untuk zaman penjajahan Belanda dan Inggeris, cafe dan restoran antarabangsa yang dihias dengan perabot antik.

Sri Lanka adalah negara berbilang agama, bukti yang jelas dari binaan kuil Hindu dan Buddha, masjid dan gereja koloni. Galle Face Green Promenade meliputi berekar-ekar kawasan pantai, tempat yang sesuai untuk berkelah atau menyaksikan matahari terbenam di horizon Lautan Hindi.

Colombo bukanlah destinasi seperti yang seringkali digambarkan oleh pelancong ketika merancang untuk ke Sri Lanka dan ramai mengelak dari singgah ke sini. Hakikatnya, masih terdapat banyak tempat menarik dan peluang bersantai terutamanya di kawasan pantai hotel di Colombo yang menyediakan kemudahan dan layanan terbaik. Tentu sekali mereka yang berkunjung ke sini tidak perlu beratur panjang atau berpuas hati dengan khalayak yang ramai seperti di tempat-tempat lain di Sri Lanka yang sering dikunjungi pelancong.

Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike terletak di utara pusat bandar dan bertindak sebagai pintu masuk utama. Penerbangan menghubungkan ke bandar-bandar utama di Asia Tenggara dan beberapa hab pelancongan di Eropah dan Timur Tengah. Hotel berdekatan lapangan terbang menepati keperluan pengunjung bisnes dan pelawat jangka pendek yang mahu mengelakkan perjalanan sejam dengan teksi ke pusat bandar.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Colombo, sila klik pada peta Colombo di sebelah kiri halaman.