number of reviews

Pelanggan kami gemar Dublin berdasarkan 2,360 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Dublin

Kawasan utama di Dublin

Dublin

Dibina daripada batu dan granit, Dublin adalah bandar teguh yang berbangga dengan ciri sejarah dan juga tenaga abad ke-21. Personaliti bandar ini adalah yang membuatkan pelancong tertarik dan apa yang diperlukan hanyalah bersantai di cafe bergaya di sebelah siang atau menjelajah bar pada sebelah petang untuk mendengar cerita terkini. Dengan keindahan senibina Georgian, persiaran yang dibarisi pokok-pokok dan daerah hiburan yang meriah, tempat ini adalah di mana pelancong mahu berada.

St Stephen's Green adalah pusat tumpuan pelancong. Daerah kosmopolitan yang kaya ini memiliki pilihan pusat membeli-belah dan makan yang hebat dengan berlatar senibina Georgian. Hotel-hotel di St Stephen's Green adalah terbaik di bandar ini.

Trinity College adalah sebuah universiti ternama yang terletak di tengah-tengah bandar. Kawasan bersejarah ini yang memiliki senibina tersergam indah, kedai buku dan butik memainkan peranan penting dalam setiap lawatan di Dublin, terutamanya kepada pelancong yang bercadang untuk membeli-belah atau menempah hotel di sepanjang Nassau Street.

Binaan tambahan kepada bandar lama, Temple Bar adalah tempat di mana penduduk Dublin, pelajar dan pelancong berparti. Hotel di kawasan ini memiliki kelab tarian sendiri, dan terdapat banyak bar dan pub persendirian berdekatan. Kawasan yang meriah ini sesuai untuk mereka yang ingin berhibur hingga ke awal pagi.

Lapangan Terbang Dublin akan membuka terminal kedua bagi menampung aktiviti pelancongan yang bertambah. Ia terletak beberapa batu dari pusat bandar dan terdapat kemudahan hotel berhampiran tetapi kebanyakan pelancong memilih untuk menginap di pusat bandar. Dublin adalah hab utama untuk penerbangan murah Ryan Air dan Flybe, kedua-duanya menyediakan perkhidmatan ke bandar-bandar utama Eropah.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Dublin, sila klik pada peta Dublin di sebelah kiri halaman.