number of reviews

Pelanggan kami gemar Frankfurt am Main berdasarkan 8,930 ulasan


  1. Lebih lanjut tentang Frankfurt am Main

Frankfurt am Main

Frankfurt adalah sebuah bandar yang penuh dengan kontra. Bangunan pencakar langit yang teguh berdiri di sebelah rumah-rumah tradisional separa kayu dan katedral yang berusia berabad lamanya. Walaupun banyak peninggalan silam terdapat di Frankfurt tetapi bandar ini adalah salah sebuah pusat kewangan dan perniagaan di Eropah. Oleh itu, ia popular sebagai destinasi perniagaan dan juga pelancongan dan perkhidmatan dan teknologi berkelas tinggi yang ditawarkan di hotel-hotel di Frankfurt menggambarkan keadaan ini. Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt-Am-Main adalah pintu masuk ke bandar ini, oleh itu hotel-hotel yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Frankfurt sentiasa penuh dengan pelancong, begitu juga hotel-hotel di Bahnhofsviertel di mana terletaknya stesen keretapi Frankfurt.

Frankfurt, seperti kebanyakan bandar Eropah lain dihubungkan dengan rangkaian keretapi bawah tanah yang cekap dan senang untuk dilalui. Keretapi adalah pengangkutan yang mudah untuk ke kawasan bersejarah seperti Romerberg dengan bangunan dari abad ke-14 dan ke-15 yang cantik, dan kawasan Museumsufer di mana terletaknya Muzium Seni dan Budaya Bersejarah Serantau, the Muzium Senibina Jerman dan Muzium Yahudi.

Berliku-liku merentasi tengah Frankfurt adalah Sungai Main yang indah. Salah satu sistem sungai kepada Rhine, Sungai Main diapit oleh laluan pejalan kaki yang luas dan kawasan hijau di mana pengunjung boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan indah Frankfurt.