number of reviews

Pelanggan kami gemar Geneva berdasarkan 2,370 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Geneva

Kawasan utama di Geneva

Geneva

Geneva mungkin bukan ibu negara Switzerland atau bandar terbesar tetapi kepentingannya melangkaui sempadan negara. Beratus-ratus organisasi antarabangsa bertempat di sini, dan suasana tempatan mengalu-alukannya. Pelawat akan menikmati salah satu tempat yang menawarkan kepelbagaian seni dan hiburan di dunia. Mereka yang berkuasa dan berpengaruh berkumpul di Geneva dan ia adalah satu tempat yang menyeronokkan untuk dikunjungi.

Kebanyakan tempat menarik terletak berdekatan dengan penginapan di Geneva. Jet d'Eau berhadapan tasik adalah air pancutan yang kuat, memancutkan air setinggi 450 kaki ke udara. Ia tersenarai bersama-sama tempat bersejarah di pusat bandar yang didominasi oleh Katedral St Pierre. Satu projek penggalian membuktikan bahawa terdapat binaan gereja dari abad ke-5 di tapak ini.

Sebuah daerah hiburan yang digemari ramai adalah Le Pâquis yang pernah menjadi kawasan kejiranan golongan pekerja. Kini ia terkenal dengan cafe bohemia, kelab malam dan hotel bajet. Geneva merupakan sebuah tempat menyeronokkan selepas senja, kewujudan bar-bar meriah yang sepadan dengan industri seni persembahannya. Bandar ini mempunyai pelbagai aktiviti yang memenuhi bajet yang berlainan tetapi aktiviti yang paling menarik adalah untuk mereka yang tidak gentar berbelanja besar.

Berdasarkan itu, hotel yang paling eksklusif terletak di Daerah Tasik. Tasik Geneva berperanan dalam kehidupan seharian, menempatkan pelabuhan penting, laluan pejalan kaki dan restoran berhadapan tasik. Pelancong boleh menyewa kapal layar untuk tempoh sehari atau menempah perkhidmtan bot untuk membawa mereka ke kampung yang terletak di seberang tasik.

Walaupun kapal stim digunakan sebagai salah satu pengangkutan penduduk tempatan, pelancong tiba di sini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Geneva Cointrin. Ia adalah sebuah kemudahan yang lengkap dan selalu menerima kunjungan pemimpin negara. Berhampiran lapangan terbang, terdapat banyak hotel mewah yang menyediakan kemudahan perniagaan lengkap dan perkhidmatan terbaik.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Geneva, sila klik pada peta Geneva di sebelah kiri halaman.