number of reviews

Pelanggan kami gemar Gold Coast berdasarkan 24,000 ulasan



  1. Lebih lanjut tentang Gold Coast

Gold Coast

Gold Coast adalah sebuah pantai menarik, sepanjang 20 batu di tenggara pesisiran pantai Queensland. Popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong asing, Gold Coast mempertaruhkan reputasinya ke atas keindahan pantai, fesyen dan aktiviti hiburan.

Pusat untuk kesemua ini adalah Surfer's Paradise, satu daerah bergaya terkini di mana pelancong cenderung untuk bermalas-malasan di tepi pantai diikuti dengan malam yang meriah di lantai tari. Tempat ini sesuai untuk ditempah penginapan di Gold Coast bagi mereka yang merancang berhibur hingga larut malam. Hotel di Surfer's Paradise menyasarkan pelajar, peluncur yang mengembara dan pengembara kerana ia menyediakan bilik dengan harga murah.

Adegan malam yang lebih dewasa boleh didapati lebih kurang dua batu ke selatan di Broadbeach. Restoran, bar dan kasino di kawasan ini menepati kepada kehendak universal. Lebih ke selatan lagi letaknya Burleigh Heads, salah sebuah pantai yang terkenal di Gold Coast. Terdapat beberapa buah resort mewah dan kemudahan hiburan di Burleigh. Lebih daripada 30 buah pantai berada di kawasan besar ini dan ia hanya memerlukan sekeping peta dan kereta sewa untuk sampai ke kawasan pantai yang terpencil ini.

Melawat taman tema adalah perkara penting ketika ke Gold Coast, terutamanya bersama keluarga. Sea World terletak di pusat bandar, sementara tempat kegemaran lain seperti Movie World, Dream World dan Australian Outback Spectacular terletak beberapa batu di utara Surfer's Paradise. Disediakan 'Fun Pass' yang membolehkan pengunjung masuk ke pelbagai taman selama tempoh 5- atau 14 hari.

Lapangan Terbang Coolangatta membawa pelancong ke rantau ini. Gold Coast Tourist Shuttle berhenti di setiap hotel utama Gold Coast, memudahkan urusan datang dan pergi dari lapangan terbang. Kemudahan pengangkutan awam di sini amat cekap di daerah pusat, dan kereta sewa hanya diperlukan untuk melawat tempat di luar zon komersial.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Gold Coast, sila klik pada Gold Coast map di sebelah kiri halaman.