number of reviews

Pelanggan kami gemar Guangzhou berdasarkan 79,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Guangzhou

Guangzhou

Guangzhou dipanggil Canton oleh kelasi Portugis yang berdagang di sini pada abad ke-16, tetapi sejarahnya lebih jauh daripada itu. Sejak 2,200 tahun dahulu, kawasan penempatan di Guangzhou sentiasa dihuni - tetapi, kejayaan bandar pada masa moden ini yang menyebabkannya dikenali masyarakat antarabangsa.

Industri pembuatan utama dan peluang pekerjaan tertumpu di Guangzhou sejak bertahun lamanya dan ia dikenali sebagai penganjur ekspo perdagangan antarabangsa terbesar di China. Apabila Canton Fair diadakan pada bulan April dan Oktober, kesemua hotel penuh dengan pengunjung dan hanya mereka yang membuat tempahan awal sahaja dapat menginap.

Bagi golongan pedagang dan peniaga, tarikan Guangzhou jelas kelihatan. Bagi pelancong, ia adalah sedikit kabur, namun begitu terdapat banyak yang boleh dilihat dan dilakukan sepanjang cuti hujung minggu dari Hong Kong. Ciri senibina perbandaran yang licin dan cekap menjadi tarikan pengunjung kerana lebih kurang satu dekad lalu, bandar ini terkenal dengan senibina yang kusam dan tidak menarik. Projek-projek untuk memberi nafas baru kepada bandar ini berjaya mengubah suasananya.

Pusat bandar baru Guangzhou adalah di Tianhe di mana terdapat tempat penginapan terbaik. Tarikan utama Tianhe terletak pada tempat membeli belah dan hiburan sementara untuk bersiar-siar adalah di Timur dan Barat Yuexiu. Lawatan ke bandar lama akan mendekatkan pelancong kepada warisan bangunan terdahulu seperti gereja Portugis, kuil-kuil Buddha dan masjid lama.

Lapangan Terbang Guangzhou – Baiyun adalah hab serantau yang penting. Ia terletak lebih kurang 20 batu dari daerah pusat perniagaan (CBD) dan mempunyai beberapa hotel berkelas bisnes. Terdapat rangkaian metro baru menghubungkan ke pusat bandar untuk menjimatkan masa.

Untuk maklumat lanjut berkenaan hotel dan mercu tanda di kawasan sekitar Guangzhou, sila klik pada peta Guangzhou di sebelah kiri halaman.