number of reviews

Pelanggan kami gemar Hanoi berdasarkan 71,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Hanoi

Kawasan utama di Hanoi

Hanoi

Hanoi adalah bandar paling elegan di Asia Tenggara, secara mahir menggabungkan elemen Vietnam lama dengan arus kemodenan. Cafe tempatan mempunyai bayangan keanggunan Paris ; bir buatan sendiri, bia hoi, dijual di gerai tepi jalan dan restoran mewah; motosikal meredah jalan yang berselirat di bahagian lama bandar ini. Sama ada bersiar-siar di sepanjang tebing Tasik Hoan Kiem atau berhenti seketika melihat pagoda yang berusia 1,000 tahun, Hanoi adalah sebuah bandar yang mengajak pelancong melangkah perlahan dan menikmati percutian mereka.

Di Hanoi Barat, daerah Ba Dinh menempatkan beberapa muzium dan Makam Ho Chi Minh. Jasad pemimpin ini diawet tanpa kebenarannya dan ia dipamerkan di sini selama sembilan bulan dalam setahun. Terdapat beberapa buah hotel yang indah di kawasan ini mengapit Pagoda Satu-Tiang dari abad ke-11.

Lawatan sambil berjalan kaki adalah satu kemestian apabila melawat bahagian lama Hanoi. Lorong-lorong yang berselirat ini wujud sejak 1200an lagi dan menyembunyi banyak kawasan yang menarik. Kuil Bach Ma adalah kuil terpenting di kawasan ini. Berseberang dengan struktur bersejarah ini adalah barisan muzium dan tapak yang berkait dengan Ho Chi Minh.

Daerah Hai Ba Trung di Hanoi Timur terkenal dengan pemandangan universiti dan hiburan malam, tetapi pada masa dahulu hanya tempat ini dibuka kepada orang luar di Hanoi. Berdekatan adalah daerah pelancongan yang popular, Hoan Kiem. Tempat yang memiliki tasik di tengah bandar ini turut memiliki hotel yang membuat ramai berasa cemburu jika menginap di sini.

Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai adalah pintu masuk antarabangsa Hanoi yang menghubungkan Hanoi dengan bandar-bandar di serata Asia Tenggara. Terdapat perkhidmatan bas dan teksi ke pusat bandar, juga ke hotel lapangan terbang.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Hanoi, sila klik pada peta Hanoi di sebelah kiri halaman.