number of reviews

Pelanggan kami gemar Ho Chi Minh berdasarkan 157,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Ho Chi Minh

Ho Chi Minh

Bandar Ho Chi Minh - dikenali juga sebagai Saigon - adalah bandar terbesar di Vietnam dan terletak di tebing Sungai Saigon. Lapangan Terbang Tan Son Nhat terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dari pusat bandar HCM dengan teksi. Hotel-hotel berdekatan Lapangan Terbang Tan Son Naht menyediakan keperluan kepada tetamu bisnes tetapi pelancong yang ke sini akan mendapati ia juga sesuai untuk bersiar-siar.

Terdapat banyak perkara yang boleh dilihat dan dilakukan di Bandaraya Ho Chi Minh. Bandaraya ini pernah diduduki oleh Perancis dan pernah digelar sebagai Mutiara Timur ( atau Paris di Timur) dan peninggalan dari segi senibina dapat dilihat di sekitar bandar ini. Bangunan koloni yang paling terkenal adalah Katedral Notre Dame dan Saigon Opera House, kedua-duanya terletak di Daerah 1 - pusat bandar. Kebanyakan tarikan pelancongan di HCM adalah kawasan bersejarah dan memokuskan kepada Perang Vietnam - dikalangan penduduk tempatan dikenali sebagai Perang Amerika. Istana Penyatuan yang juga dikenali sebaga Istana Kemerdekaan, adalah bangunan lima tingkat yang dipulihkan sama seperti keadaan asal semasa pencerobohan dan penguasaan tentera Vietnam Utara ke atas bandar ini.

Berhampiran istana terletaknya Muzium Sejarah Vietnam, menghimpun dan mempamer koleksi artifak dan barangan antik Vietnam serta taman botani yang menjadi tempat untuk bersembunyi dari kesesakan trafik. Satu cara untuk mencari kelegaan dari kepanasan suhu Vietnam terdapat di Taman Air Dam Sen, betul-betul di tengah pusat bandar.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Bandaraya Ho Chi Minh sila klik pada peta Bandaraya Ho Chi Minh di sebelah kiri halaman.