number of reviews

Pelanggan kami gemar Kanchanaburi berdasarkan 15,000 ulasan


  1. Lebih lanjut tentang Kanchanaburi

Kanchanaburi

Menjadi lokasi kepada monumen bersejarah seperti Jambatan Sungai Kwai, populariti Kanchanaburi sebagai destinasi pelancongan kian meningkat berikutan keindahan alam semulajadinya yang menakjubkan, kesan peninggalan bersejarah dan persekitaran yang menenangkan. Para pengunjung boleh memilih untuk menginap samada di banglo hutan dengan harga yang berpatutan sehingga resort butik spa yang berlatarbelakangkan keindahan Sungai Kwai.

Selain dari Jambatan Sungai Kwai dan Hellfire Pass, Kanchanaburi turut dikelilingi dengan pinggiran bandar yang diiktiraf antara yang tercantik di Thailand. Air terjun hutan hujan Erawan yang terletak di Taman Negara Erawan telah diakui ramai sebagai lokasi yang cukup mempersonakan di selatan Thai. Air terjun tersebut bukan sahaja menarik minat pelancong asing, malah pelancong tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk mendaki, menikmati kesegaran air gunung dan menjelajah gua-gua berdekatan seperti Mi, Rua, Phartat dan Wang Bhadan.

Kanchanaburi turut menempatkan Kuil Harimau yang terkenal sebagai habitat perlindungan kepada harimau-harimau yang telah diselamatkan. Dengan sedikit sumbangan kecil, para pengunjung boleh mengamati haiwan tersebut dengan lebih dekat malah bergambar bersama mereka. Setiap sumbangan oleh para pengunjung akan digunakan untuk tujuan penjagaan dan pembinaan habitat baru untuk harimau-harimau di situ. Kuil Harimau terletak tidak jauh dari kawasan pekan Kanchanaburi dan para pengunjung boleh ke sana dengan mudah dari mana-mana hotel di Kanchanaburi.

Apabila malam, para pengunjung boleh menikmati ketenangan malam di Kancahanburi dengan mengunjungi bar dan pub malah menikmati keunikan sajian Kanchanaburi di deretan gerai makanan yang terdapat di sekitarnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan hotel dan pelbagai lokasi menarik sekitar Kancahanaburi, klik peta interaktif Kanchanaburi di sebelah kiri laman ini.