number of reviews

Pelanggan kami gemar Kota Kinabalu berdasarkan 87,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Kota Kinabalu

Kawasan utama di Kota Kinabalu

Kota Kinabalu

Kota Kinabalu di kepulauan Borneo merupakan ibu kota negeri Sabah, Malaysia. Ianya terletak di persisiran pantai barat Sabah berdekatan dengan Gunung Kinabalu dan Tapak Warisan Dunia, Taman Negara Kinabalu. Kota Kinabalu juga merupakan laluan utama ke pulau-pulau tropika seperti Pulau Gaya, Selingan dan Lankayan yang kini kian berkembang menjadi destinasi pelancongan yang popular. Memandangkan Kota Kinabalu terletak di persisiran pantai, para pengunjung dapat menikmati suasana keunikan kota dan keindahan pantai sekaligus dengan menginap di hotel sekitar Waterfront.

Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di kepulauan Borneo dengan ketinggian yang mencecah 4,000 meter dari aras laut dan merupakan tarikan utama kepada pelancong untuk aktiviti pendakian. Kepelbagaian lanskap dan tanah turut menjadikannya habitat kepada lebih 6000 spesis tumbuhan organik semulajadi.

Untuk penggemar pantai, Taman Tunku Abdul Rahman terletak hanya 10 minit perjalanan menggunakan bot laju dari pusat bandar. Pantai-pantai disitu yang pada dasarnya tidak dihuni dipelihara dengan baik dari sebarang pencemaran untuk memastikan ianya sentiasa bersih dan indah. Sekiranya ingin meninjau suasana Kota Kinabalu, Balai Cerap Signal Hill ialah pilihan yang sangat sesuai. Dengan ketinggian 30 tingkat, para pengunjung dapat menikmati keindahan panorama Kota Kinabalu yang tiada tolok bandingnya.

Jika ingin mengetahui sedikit sebanyak sorotan sejarah Sabah, Muzium Negeri merupakan destinasi yang perlu dituju. Menempatkan pelbagai artifak dari serata negara Asia Tenggara, Muzium Negeri turut dikelilingi hutan yang menghijau, taman Ethno Botanik, taman zoologikal dan Desa Warisan. Untuk yang gemar membeli belah, kunjungi pekan hari di Jalan Gaya pada setiap hari Ahad yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang menarik merangkumi kaca mata sehinggalah kepada arnab hidup, atau sekadar menikmati keenakan kopi dan juadah tempatan.

Nadi utama perlancogan Kota Kinabalu merupakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu , yang hanya terletak lapan kilometer dari pusat bandar.

Untuk maklumat lanjut berkenaan hotel dan pelbagai lokasi menarik sekitar Kota Kinabalu, klik peta interaktif Kota Kinabalu di sebelah kiri laman ini.