number of reviews

Pelanggan kami gemar Macau berdasarkan 136,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Macau

Kawasan utama di Macau

Macau

Seperti jirannya Hong Kong, Macau adalah sebuah wilayah kecil yang memiliki populasi penduduk yang tinggi. Macau paling dikenali kerana kasino, menandingi kasino Las Vegas dari segi saiz dan skop, namun memiliki banyak perkara yang boleh menarik pelancong selain berjudi.

Penaklukan Portugis ke wilayah ini menyaksikan pelbagai gabungan ke atas senibina seperti tokong Cina, bangunan pencakar langit dan kesan runtuhan katedral abad ke-17 yang boleh ditemui di celah-celah lampu neon kasino. Gabungan kebudayaan mewujudkan pelbagai perayaan tahunan seperti perayaan Tahun Baru Cina dan The Procession of the Passion of Our Lord yang disambut pada setiap bulan Februari. Hidangan Macau memperlihatkan pengaruh rempah-ratus koloni, Portugis dan Kantonis dan gabungan teknik masakan menghasilkan masakan berempah seperti masakan ayam Afrika dan udang bercili.

Seperti Vegas, lawatan ke Macau tidak lengkap tanpa mengunjungi kasino. Kebanyakan kasino di Macau merupakan resort lengkap dengan kemudahan, restoran, kedai, hiburan dan aktiviti santai yang ditawarkan di bawah satu bumbung. Contoh kasino sebegini adalah The Venetian Macao, hotel terbesar di Asia. Seperti cawangannya di Vegas dan Itali, The Venetian Macao menyediakan gondola untuk menyusuri terusannya.

Cotai, Selatan Macau adalah sebuah kawasan yang ditambak bagi menampung kepesatan pembangunan bandar ini. Kasino ternama Macau kebanyakannya berada di Cotai Strip, bermatlamat untuk mencipta satu lagi Las Vegas Strip. Lapangan Terbang Antarabangsa Macau di Pulau Taipa berada berhampiran dengan Cotai Strip.

Untuk sesuatu pengalaman yang mendebarkan, Menara Macau menawarkan sky jump dan 233 meter bungee jump - yang tertinggi di dunia. Bangunan ini menempatkan panggung wayang, kedai dan restoran bufet, juga pemandangan terbaik 360 darjah di Macau.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Macau, sila klik pada peta Macau di sebelah kiri halaman.