number of reviews

Pelanggan kami gemar Melbourne berdasarkan 49,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Melbourne

Kawasan utama di Melbourne

Melbourne

Bandar kedua terbesar di Australia, Melbourne adalah sebuah bandar yang sangat moden dengan suasana Eropah, dianggap sebagai pusat kebudayaan Australia. Pusat perniagaan dan komersial Melbourne (CBD) adalah agak berselerak tetapi bagi pelancong menerokai bandar ini dengan berjalan kaki adalah berbaloi dengan usaha, kerana terdapat senibina era Victoria, jalan-jalan yang lebar dan cuaca sejuk.

Bandar kecil seperti Fitzroy, Carlton, St Kilda dan Prahran dihubungkan dengan pusat bandar menerusi tram, dan penduduk Melbourne bergantung kepada pengangkutan ini kerana ia murah dan cekap. Penginapan di Melbourne terdapat dari hotel asas ke hotel dengan rekaan terkini hinggalah kepada hotel mewah lima bintang, terletak di serata CBD dan bandar kecil, setiap bandar kecil berbeza dari satu dengan lain. Hotel berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne dihubungkan ke bandar oleh bas ulang alik dan teksi - perjalanan dari Lapangan Terbang Tullamarine ke CBD mengambil masa 30 minit.

Selain keindahan senibina Melbourne, bandar ini kaya dengan seni dan budaya. Membeli-belah adalah kegemaran yang popular, dan Bourke Street Mall adalah tempat yang baik untuk bermula, sementara pelancong yang ingin melihat laut boleh ke St Kilda. Mercu tanda Melbourne yang perlu dikenali adalah Flinders Street Station, biasa digunakan sebagai tempat perjumpaan dan terletak di persimpangan tram dan keretapi yang sibuk.

Hiburan malam di Melbourne menawarkan pengalaman yang pelbagai. Golongan muda lebih gemar ke kelab tarian yang terletak di seberang bandar, manakala bar terkini terletak di setiap ceruk Fitzroy, Prahran dan St Kilda. Hiburan lain turut ditawarkan di The Docklands, Southbank dan Crown Casino, sama ada hidangan makanan, perjudian atau memerhati orang.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Melbourne, sila klik pada peta Melbourne di sebelah kiri halaman.