number of reviews

Pelanggan kami gemar Bandar Raya Mexico berdasarkan 1,770 ulasan



  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Bandar Raya Mexico

Bandar Raya Mexico

Bandaraya Mexico adalah salah sebuah pusat perbandaran terbesar di dunia, tetapi hal ini tidak menarik minat pengunjung. Sebaliknya mereka tertarik kepada ciri-ciri unik bandar ini seperti senibina bandar yang menakjubkan dan fakta menarik mengenai tapak bandar ini yang dibina di atas dasar Tasik Texcoco yang menjadi kering.

Ia pernah menjadi pusat pemerintahan Empayar Aztec dan kemudian menjadi sarang peluasan empayar bagi penakluk Sepanyol. Namun begitu bandar ini telah bangkit dari kedua-dua realiti tersebut menjadi sebuah bandar moden yang mencerminkan gabungan kebudayaan penduduk asli dengan pengaruh Sepanyol.

Tarikan bandaraya Mexico adalah pada latar tempat yang pelbagai. Beberapa tahun kebelakangan ini muncul pelbagai kedai-kedai dan restoran yang berada dalam bangunan kolonial yang telah diubahsuai. Lawatan ke Teotihuacan, kawasan piramid Aztec yang terletak di luar bandar, akan membolehkan pengunjung menyelami suasana sebenar rantau ini sebelum penaklukan Cortez. Hotel di Bandaraya Mexico mahir dengan tempat-tempat menarik di sekitar bandar ini dan bersedia untuk menolong menganjurkan sebarang lawatan.

Sudah tentu bandar ini menawarkan lebih daripada kawasan dan tempat tarikan pelancongan. Ia bermegah dengan tempat makan dan minuman yang tiada tandingan serta peluang membeli belah, tempat hiburan yang memiliki segalanya daripada perlawanan tinju Mexico (lucha libre) hinggalah kepada cantina yang menghidangkan tequila terbaik. Di tengah-tengah adalah gedung perniagaan bertaraf dunia, muzium tersohor dan pelbagai restoran Mexico dan antarabangsa. Penginapan di Bandaraya Mexico menawarkan nilai terbaik kerana sesetengah hotel terkemuka di pusat bandar menawarkan harga rendah berbanding hotel yang setaraf di peringkat antarabangsa.

Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaraya Mexico adalah pintu masuk yang lebih digemari pengunjung. Ia terletak di timur pusat bandar dan mengadakan operasi penerbangan ke serata bandar utama dunia. Mempunyai kemudahan terminal berkembar, lapangan terbang ini memiliki hotel tersendiri dan laluan ke jaringan metro yang luas.

Bagi mendapatkan informasi berkenaan hotel dan mercu tanda lain di Bandaraya Mexico, sila klik peta Bandaraya Mexico yang berada di sebelah kiri halaman.