number of reviews

Pelanggan kami gemar New York (NY) berdasarkan 22,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang New York (NY)

Kawasan utama di New York (NY)

New York (NY)

Bandar New York dibuka oleh orang Belanda tetapi ia adalah bandar Amerika sebenar-benarnya. Berjuta-juta penduduk tinggal di kota ini yang mempunyai pelbagai latar belakang dan latar budaya. Pemuda- pemudi Amerika tiba di bandar ini dengan satu aspirasi untuk mencapai kejayaan di daerah kewangan dan seni yang pesat membangun tetapi lain pula halnya dengan pelancong yang kepentingannya hanya untuk melihat dan merasai pengalaman ketika bercuti di sini.

New York dipenuhi dengan senibina dan mercu tanda ikonik terutama Times Square. Ia membangun dengan pesatnya sebagai sebuah zon komersial sejak sepuluh tahun dulu, meninggalkan imej buruknya yang terkenal dahulu. Kini, sebahagian kemudahan penginapan mewah di New York terletak dalam lingkungan kawasan ini yang berdekatan dengan kedai-kedai ternama dan teater Broadway.

New York memiliki lima buah bandar kecil yang dirasakan amat menggerunkan pada mulanya, tetapi sebenarnya ia adalah mesra kepada pejalan kaki. Stesen keretapi bawah tanah adalah berdekatan antara satu sama lain dan jalan-jalan rayanya adalah dibina mengikut grid bagi memudahkan perjalanan. Bagi pelancong yang bercadang menjelajah bandar ini, pendekatan terbaik adalah dengan cara menerokai satu demi satu kawasan kejiranan di sini. Dari kawasan gergasi kewangan di Midtown ke pusat bandar asal di Lower Manhattan terus ke kawasan taman rekreasi Central Park.

Satu kejutan yang terdapat di New York adalah betapa senangnya untuk menikmati kemewahan tanpa melepaskan kehidupan ringkas dan kenikmatan yang berpatutan. Untuk setiap butik pereka tersohor, terdapat banyak lagi kedai yang menjual barangan yang sama pada harga yang lebih murah dan kunjungan ke kedai pizza di seberang jalan dapat memberi kepuasan sama seperti hidangan di tempat mahal. Begitu juga dengan hotel di sini yang menawarkan pelbagai pilihan pada kadar harga berbeza.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan hotel dan kawasan di sekitar New York, sila klik pada New York map di sebelah kiri halaman.