number of reviews

Pelanggan kami gemar Orlando (FL) berdasarkan 2,760 ulasan

  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Orlando (FL)

Orlando (FL)

Apabila Walt Disney menunjuk minat terhadap Orlando pada tahun 1965, bandar ini ibarat bandar mati yang memperoleh hasil dari penanaman oren. Tujuh tahun kemudian, taman tema kebanggaan Disney dibuka, memberi takrif kepada taman hiburan moden. Hari ini, Orlando menerima kunjungan lebih 50 juta pengunjung setiap tahun, meletakannya sebagai bandar yang paling dikunjungi di US.

Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando turut berubah setanding dengan bandar ini dan keempat-empat terminal ini cukup lengkap untuk menangani jutaan penumpang yang melaluinya saban tahun. Penumpang yang sampai di tengah malam boleh menginap di hotel lapangan terbang; ataupun lebih sesuai untuk terus ke hotel utama di pusat bandar Orlando.

Tiga buah taman tema terbesar adalah Disney World, Sea World dan Universal Studio. Taman-taman ini selalu bersaing untuk pengiktirafan dan mendedahkan permainan atau konsep baru. Semasa proses ini, pengunjung dapat menikmati tarikan dan diskaun yang lebih menarik.

Tidak dapat dinafikan Orlando adalah sebuah bandar yang sengaja dibina menepati kehendak kanak-kanak, tetapi terdapat banyak perkara yang mengujakan ibu bapa di dalam dan di luar taman. Bandar Orlando dipisahkan dari daerah taman tema dan menempatkan rangkaian butik rekaan dan restoran mewah. Di antara pertunjukan troupe di dalam taman dan kelab tarian terkini serta lounge hotel di Orlando, ia menawarkan banyak perkara untuk dibuat sama ada di sebelah malam mahupun siang.

Keselesaan paling hebat ketika berkunjung ke Orlando adalah kesungguhan taman-taman ini menarik pelawat. Pengangkutan percuma disediakan dan sentiasa terdapat insentif kerana menghabiskan hari di sini atau mencuba perkhidmatan atau kemudahan baru untuk memastikan pelawat dewasa juga menikmati keseronakan seperti pelawat cilik.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Orlando, sila klik pada peta Orlando di sebelah kiri halaman.