number of reviews

Pelanggan kami gemar Pulau Pangkor berdasarkan 9,630 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Pulau Pangkor

Kawasan utama di Pulau Pangkor

Pulau Pangkor

Pangkor, sebuah pulau kecil tropika yang terletak di pantai barat Malaysia, berada di antara Kuala Lumpur dan Penang, Dahulu ia hanya dihuni oleh nelayan dan lanun tetapi sekarang ia merupakan destinasi pelancongan yang menawarkan percutian damai dan pemandangan indah. Walaupun ia tidak sepopular pantai resort lain di Malaysia akan tetapi populasi penduduk yang tidak begitu ramai di pulau ini menyebabkan destinasi ini sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan. Hotel yang terdapat di pulau Pangkor Laut hanya boleh dihubungi dengan menaiki feri dari Lumut. Terdapat juga beberapa penerbangan dari Kuala Lumpur yang mendarat di lapangan trbang yang baru di buka di Pangkor.

Selain berenang dan berjemur di pantai-pantai Coral Bay, Teluk Belanga dan Pasir Bogak, pulau ini memiliki peninggalan sejarah dari zaman penjajah yang tidak rugi untuk diterokai. Kubu Belanda dari abad ke-17 adalah salah satu tarikan di sini, walaupun hanya terdapat sedikit sahaja binaan yang masih wujud tetapi tapak itu sahaja memberi banyak maklumat bersejarah. Batu Bersurat adalah sebuah tablet granit yang menceritakan kisah sejarah dan mitologi tempatan yang penuh dengan cabaran dan bahaya.

Hidangan di Pangkor adalah sesuatu yang menarik buat penggemar masakan Cina dan Melayu terutama yang melibatkan makanan laut segar. Pasir Bogak terletak berhampiran jeti adalah sebuah tempat yang terkenal sebagai tempat makan, berenang dan melihat nelayan menjual ikan.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Pangkor sila klik pada Pangkor map di sebelah kiri halaman.