number of reviews

Pelanggan kami gemar Paris berdasarkan 45,000 ulasan


  1. Lebih lanjut tentang Paris

Paris

Sebagai sebuah bandar yang paling dikunjungi di dunia, Paris adalah sebuah bandar yang hidup dengan penuh bergaya. Bandar yang memiliki tarikan pelancong terkenal di dunia, Bandar Bercahaya ini bukan hanya semata-mata mengenai monumen bersejarah dan fesyen ternama, tetapi ia adalah tempat yang memiliki suasana romantis, kecantikan dan nostalgia.

Bandar yang dipisahkan oleh sungai Seine dan dipecahkan kepada 20 bandar kecil, senibina indah Paris adalah tarikan yang paling nyata - Perancangan bandar era Haussmann menggariskan had bangunan menyebabkan kawasan tengah bandar terpelihara seperti di akhir abad ke 19. Gabungkan renovasi Haussman dengan Arc de Triomphe, the Louvre, the Notre Dame dan Menara Eiffel maka anda akan mendapati bahawa Paris sememangnya dianugerahkan dengan keajaiban senibina.

Sebagai tempat yang melahirkan semangat bohemia, Paris menyemai dan meraikan seni dalam segala bentuk. Louvre menjadi binaan yang wajib dikunjungi oleh pelawat kali pertama ke kota ini, Centre Georges Pompidou yang terletak selang beberapa jalan merupakan padanan moden yang kontra. Musee D'Orsay sebuah karya seni yang diterjemahkan ke dalam bentuk bangunan menempatkan hasil karya seni agung - antaranya Monet, Van Gogh dan Renoir.

Masakan Paris terkenal dengan keenakan dan kelazatannya di dunia. Dari hidangan pastri hingga hidangan siput dengan bawang putih, kota Paris menyediakan pelbagai pengalaman gastronomi yang menarik, bersama hidangan wajib wain. Kopi juga wajib dinikmati semasa bersiar-siar sambil memerhati budaya tempatan Paris dari kafe di tepi jalan.

Paris mempunyai Lapangan Terbang Charles de Gaulle - dikenali juga sebagai Lapangan Terbang Roissy - 25 kilometer dari pusat bandar Paris. Eurostar yang menghubungkan ke Brussels dan London bertolak dari Gare du Nord, manakala perkhidmatan ke Itali bertolak dari Gare de Lyon.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Paris, sila klik pada peta Paris di sebelah kiri halaman.