number of reviews

Pelanggan kami gemar Pattaya berdasarkan 263,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Pattaya

Kawasan utama di Pattaya

Pattaya

Pattaya telah lama terlibat dengan industri pelancongan Thailand iaitu berpengalaman hampir 40 tahun. Ia bermula sebagai tempat berehat R&R bagi tentera US dan pada kemuncak Perang Vietnam ia terkenal dengan pesta larut malam. Pattaya tidak merasa bersalah dengan reputasinya sebagai 'sin city' tetapi ia telah mempelbagaikan tarikan sejak beberapa tahun ini bagi memenuhi keperluan pelancong yang pelbagai. Pada masa kini, hotel di Pattaya adalah untuk semua: pesara Barat, ahli perniagaan Jepun, pasangan berbulan madu dan keluarga Thai. Ia adalah percampuran yang tidak masuk akal tetapi di Pattaya ia berlaku dengan sendirinya.

Keluarga berkunjung ke Pantai Jomtien, pantai berbentuk bulan sabit yang mempunyai pelbagai aktiviti dan kemudahan. Ia terletak jauh dari zon parti dan hotel di sini tiada aktiviti larut malam. Aktiviti bersama keluarga banyak terdapat di North Pattaya, bermula dengan tokong Buddha dan taman hiburan seperti Ripley's Believe It or Not. Turut berada dalam senarai adalah taman gajah, akuarium dan pasar malam hujung minggu.

Pattaya begitu hidup selepas senja. Pelbagai jenis kelab tarian yang berwarna-warni, tempat persembahan muzik dan bar membarisi jalan-jalan di Central Pattaya, di mana hotel tempatan sudah terbiasa dengan tetamu berjaga hingga larut malam. Pusat kepada parti ini adalah di Walking Street, laluan pejalan kaki yang diterangi neon mengikuti pesisir air.

Walaupun Pattaya telah diabadikan sebagai destinasi berparti di Thailand, tetapi hakikatnya ia semakin berkembang menjadi tempat percutian yang menawarkan pelbagai tarikan. Jauh dari Walking Street, terdapat banyak hotel mewah, padang golf dan pantai sunyi. Terdapat sesuatu di sini untuk semuapengunjung dan memandangkan kedudukannya yang dekat dengan Bangkok, Pattaya masih akan kekal sebagai destinasi percutian hujung minggu untuk tahun-tahun akan datang.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Pattaya, sila klik pada Pattaya map di sebelah kiri halaman.