number of reviews

Pelanggan kami gemar Pulau Pinang berdasarkan 135,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Pulau Pinang

Kawasan utama di Pulau Pinang

Pulau Pinang

Ketika semenanjung Tanah Melayu berada di bawah jajahan Belanda, Syarikat India Timur Inggeris telah berlabuh di sebuah kepulauan terpencil yang kemudiannya dibangunkan sebagai sebuah pelabuhan. Tidak lama selepas itu, pedagang-pedagang dari serata pelusuk dunia terutamanya dari China bertali arus berkunjung dan menjadikan pelabuhan tersebut sebagai tempat persinggahan dan dagangan. Maka lahirlah Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pusat perdagangan antarabangsa ketika itu. Kini, Pulau Pinang bukan sahaja dikenali dunia sebagai salah satu pelabuhan terkenal, malah sebagai destinasi perlancongan yang dihiasi pantai-pantai indah, senibina bersejarah, dan variasi makanan yang unik.

Georgetown, ibu kota Pulau Pinang telah diiktiraf UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO berdasarkan peninggalan bersejarah yang terdapat di sekitarnya. Antara tinggalan sejarah yang sentiasa menjadi tarikan termasuklah rumah agam Cheong Fatt Tze (yang turut menawarkan pakej penginapan), Fort Conrwallis dan Dewan Bandaraya Lama yang terkandung seribu satu kisah dan sejarah penjajahan British dan migrasi kaum Cina. Penginapan di Pulau Pinang merangkumi hotel-hotel dari senibina warisan silam sehingga resort-resort mewah yang terletak di sekitar ibu kota Georgetown dan Batu Feringghi.

Jika ingin bersantai menikmati keindahan pantai, Batu Feringghi merupakan pilihan terbaik untuk para pengunjung. Terletak di utara Pulau Pinang, Batu Feringghi menawarkan pelbagai pilihan hotel dan resort, restoran-restoran makanan laut dan butik-butik yang bakal menggamit keinginan pengunjung. Ketika waktu biasa, hotel dan resort sekitar Batu Feringghi lazimnya akan menawarkan pengunjung dengan pelbagai pakej-pakej yang menarik dan kadar sewa yang jauh lebih murah dari kadar biasa.

Waktu kemuncak bermula sebelum sambutan Hari Krismas dan berterusan sehingga sambutan Tahun Baru Cina yang lazimnya disambut pada lewat Januari atau awal Februari. Pada ketika ini, kadar penginapan hotel dan resort akan melambung jauh lebih mahal dari kadar biasa dan tawaran-tawaran menarik selalunya tertumpu kepada pengunjung yang membuat tempahan awal. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang merupakan salah satu lapangan terbang yang terbaik di Malaysia yang menyediakan penerbangan ke kota-kota utama di Asia Tenggara dan Selatan Pasifik.

Untuk maklumat lanjut berkenaan hotel dan pelbagai lokasi menarik sekitar Pulau Pinang, klik peta interaktif Pulau Pinang di sebelah kiri laman ini.