number of reviews

Pelanggan kami gemar Perth berdasarkan 17,000 ulasan



  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Perth

Kawasan utama di Perth

Perth

Bahagian Barat Australia meliputi kawasan seluas sejuta batu persegi, kawasan yang sangat luas berbanding penduduk yang secara relatifnya adalah sedikit. Bahagian luas ini mempunyai gunung, padang pasir, hutan kayu keras dan pantai berpasir putih. Tambahan lagi, ia turut menerima pancaran matahari tanpa disekat dari bulan Oktober hingga April (musim panas Australia), menyediakan suasana yang sesuai bagi proses pembuatan wain dan aktiviti sukan. Ditengah-tengahnya adalah Perth, sebuah destinasi terkenal yang kurang dilawati pelancong kerana lebih tertarik ke pantai timur Australia.

Sudah tentu, pengunjung yang ke sini tidak merungut mengenai bilangan pelancong yang kurang, begitu juga penduduk tempatan. Ia sesuatu yang tidak kena menghabiskan masa memikirkan dilema ini di bandar yang santai dan menarik ini kerana pada masa yang sama terdapat banyak aktiviti dan kegiatan sukan yang boleh dilakukan.

Kesemua ini tidak bermakna Perth tidak biasa menerima pengunjung. Sebaliknya, hotel di kawasan CBD ( central business district) sibuk sepanjang tahun. Pemilik perniagaan sentiasa memastikan barangan sentiasa mencukupi, oleh itu tawar-menawar jarang berlaku dan hanya akan terjadi apabila perniagaan kurang lancar.

Perth dibina di kuala Sungai Swan. Beberapa minit ke darat terletaknya Burswood Entertainment Center, sebuah resort dan kasino besar yang memiliki bilangan bar, restoran dan kelab malam yang banyak. Terdapatjuga kabaret, teater dan persembahan muzik secara langsung. Dua buah hotel yang terkenal di Perth juga terletak di sini.

Lapangan Terbang Perth adalah pintu masuk tempatan. Terminal 1 menerima penerbangan antarabangsa dan dihubungkan dengan shuttle ke Terminal 2 dan 3 domestik. Bandar berhampiran, Fremantle menerima kunjungan kapal persiaran mengikut musim dan memiliki kawasan hotel yang tersendiri. Hanya lima jam dari Bangkok, ia adalah destinasi persinggahan yang popular di kalangan pelancong dari benua Asia.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Perth, sila klik pada peta Perth di sebelah kiri halaman.