number of reviews

Pelanggan kami gemar Phnom Penh berdasarkan 55,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Phnom Penh

Kawasan utama di Phnom Penh

Phnom Penh

Dengan senibina kolonial Perancis, kuil Buddha dan tinggalan Khmer Rouge yang menghantui, Phnom Penh mewakili sejarah Kemboja yang bersilang. Kebanyakan pelancong yang ke sini hanya mahu melawat Angkor Wat, tetapi Phnom Penh memiliki tarikan tersendiri yang perlu diterokai oleh pelancong .

Bandar ini dinamakan sempena seorang wanita yang dipanggil Penh, yang menjumpai peninggalan set Buddha di bukit (phnom) berhampiran. Pada masa kini, di atas bukit tersebut dibina Wat Phnom, kuil yang terpenting di kawasan ini. Tempat ini adalah tempat terbaik untuk memulakan lawatan di pusat bandar, sebelum ke Istana Diraja yang amat besar dan melawat bangunan yang memiliki senibina kolonial Perancis. Bilangan hotel butik di Phnom Penh semakin bertambah, kebanyakannya terdapat di kawasan yang memiliki senibina kolonial berusia berabad lamanya.

Kawasan tumpuan pelancong yang terletak di tengah bandar boleh dilawati dengan berjalan kaki, tetapi pengunjung perlu menggunakan khidmat teksi untuk melawat tempat-tempat berkaitan rejim Khmer Rouge. Padang Pembunuhan, sebuah perkuburan Cina yang menjadi kubur besar adalah tapak di mana berlakunya pembunuhan beramai-ramai, pada masa kini ia menjadi sebuah memorial. Dua buah tempat lagi adalah kem tahanan Tol Sleng dan Muzium Genosid.

Semasa pemerintahan Khmer Rouge, Phnom Penh ditinggalkan dan terbiar. Penduduk bandar ini kembali semula pada tahun 1979 dan membawa bersama kesungguhan untuk memperbaharui bandar ini. Hari ini, menginap di tengah-tengah bandar Phnom Penh memberi peluang kepada pelancong untuk merasai keghairahan yang sama, di bandar yang akan menjadi penggerak kepada industri pelancongan Asia Tenggara.

Phnom Penh boleh dikunjungi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, yang terletak tujuh kilometer dari pusat bandar.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Phnom Penh, sila klik pada peta Phnom Penh di sebelah kiri halaman.