number of reviews

Pelanggan kami gemar Phuket berdasarkan 301,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Phuket

Kawasan utama di Phuket

Phuket

Pulau yang paling tersohor di Thailand, Phuket adalah destinasi pulau yang mengujakan. Ia terletak di pesisiran selatan Thailand di Laut Andaman. Phuket memiliki pasir pantai keemasan, air laut tenang membiru dan lambaian pokok kelapa yang sering dikaitkan dengan percutian tropika yang sempurna. Walaupun Phuket adalah sebuah pulau yang paling membangun di Thailand, tetapi masih terdapat bahagian yang menawarkan suasana romantis dan tempat terpencil.

Pekan Phuket adalah kawasan komersial utama dan tempat penginapan di sini adalah murah. Pekan Phuket adalah hab perniagaan utama dengan beberapa pasaraya dan pusat beli belah tetapi membeli belah bukanlah tumpuan utama pelancong ke sini.

Kawasan resort yang popular di Phuket adalah Patong. Dibina kembali selepas tsunami pada tahun 2004, jalan utama Patong dibarisi dengan restoran, kedai-kedai dan pelbagai bar dan kelab. Hiburan malam di sini adalah terkenal di Asia dan ramai menempah hotel di Patong hanya untuk mengalami kemeriahan suasana larut malam. Pengembara yang hanya berminat untuk berehat berbanding berpesta boleh berkunjung ke pasar-pasar, pilihan restoran yang pelbagai dan pesisiran pantai yang panjang.

Di sebelah selatan pantai Patong adalah pantai Karon - pekan sunyi yang memiliki kedai-kedai, restoran dan bar khas untuk pelancong. Kamala, terletak di bahagian utara Patong turut menawarkan penginapan dan infrastruktur yang bagus, dengan kehadiran resort yang makin mewah menuju ke pantai Bang Thao, Surin dan Pansea. Pantai Bang Tao adalah di mana Laguna Golf Club terletak, dan beberapa lagi resort mewah yang terdapat berhampiran dengannya.

Di sebelah lain bahagian pulau Phuket, terletaknya gugusan pulau Koh Yao Yai, Koh Yao Noi dan Nakha Yai. Resort yang terdapat di atas pulau-pulau ini dijamin memiliki pantai terpencil dan perkhidmatan terbaik termasuk perkhidmatan yang disediakan di hotel butik seperti kelas masakan, rawatan spa dan lawatan semulajadi. Terletak di selatan, pulau kecil Racha Yai menawarkan cebisan kecil syurga, terletak 12 kilometer di luar pesisir pantai Phuket.

Phuket memiliki Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket yang mengambil masa 45 minit perjalanan dari pantai Patong dan pekan Phuket.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Phuket sila klik pada peta Phuket di sebelah kiri halaman.