atau

TEMPAH SEKARANG BAYAR KEMUDIAN

Tersedia sekarang di beribu-ribu bilik hotel.

Tempah lebih bijak. Tempah agoda.

 

Jimat Banyak

Jaminan harga paling rendah

Tawaran eksklusif ahli Agoda!

 

Pilihan mudah

500,000+ hotel di 55,000+ destinasi

8,000,000+ ulasan oleh pelanggan sebenar

 

Kami sedia membantu

bantuan 24/7 dalam bahasa Inggeris dan 12 bahasa lain

Mercu tanda Port Moresby
 

Port Moresby

Merupakan pintu masuk ke Papua New Guinea, Port Moresby ialah satu bandar bekas kolonial kecil di pesisiran laut tenggara PNG. Boleh diakses melalui bot atau udara - mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jackson, lapan kilometer di luar bandar – Port Moresby selalunya digunakan sebagai tempat persinggahan oleh para pelawat yang menuju ke New Britain atau Madang untuk menyelam atau penggemar aktiviti lasak yang ingin menerokai hutan -hutan di PNG yang kebanyakannya masih belum pernah diterokai sesiapa.

PNG kaya dengan budaya pribumi (ia merupakan rumah kepada lebih daripada 1000 puak berbeza) dan dalam biodiversiti. Kawasan pedalaman PNG adalah salah satu sempadan terakhir di dunia dan sebahagian besarnya tidak boleh diakses oleh pelancong, walau bagaimanapun para pelawat boleh menikmati flora dan fauna tempatan di Taman Botani Port Moresby. Taman Botani Nasional meliputi kawasan seluas 25 ekar dan memaparkan burung cenderawasih, burung kakak tua, kanggaru, serangga-serangga dan orkid-orkid tempatan. Taman secara rutinnya menjalankan program pendidikan bagi kanak-kanak sekolah dan perjalanan berpemandu untuk para pelawat.

Satu lagi tempat tarikan di PNG ialah Laluan Kokoda. Sepanjang hampir 100 kilometer merentasi laluan hutan liar, Laluan Kokoda merupakan salah satu trek paling terkenal di dunia, menarik ribuan pengembara setiap tahun. Trek ini paling terkenal di kalangan rakyat Australia yang menyempurnakan perjalanan ini sebagai tanda solidariti dengan tentera-tentera Australia yang berjuang di sepanjang jejak di pada Perang Dunia Kedua. Memorial perang di Isurava dibina sempena memperingati tentera-tentera Australia serta Jepun.

Papua New Guinea dengan pantas mendapat reputasi sebagai salah satu destinasi menyelam terbaik di dunia dan batu-batu karang boleh diakses dengan perjalanan mudah dari Port Moresby, pusat permulaan utama bagi lawatan menyelam di Eastern Fields dan Portlock Reef di Laut Andaman.

Untuk maklumat lanjut tentang hotel-hotel dan tarikan-tarikan di kawasan-kawasan berbeza di Port Moresby, klik pada peta interaktif Port Moresby di bahagian sebelah kiri halaman.

Port Moresby Papua New Guinea
3 hotel

Hotel Port Moresby terkenal

Popular sekarang di Port Moresby

 
Masukkan tarikh perjalanan anda dalam kotak carian di sebelah kiri untuk menyemak kadar dan ketersediaan serta berupaya menyusun hotel supaya dapat mencari hotel pilihan anda dengan cepat.

Lihat semua hotel di Port Moresby


AS-AGWEB-3C04