number of reviews

Pelanggan kami gemar Rome berdasarkan 23,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Rome

Kawasan utama di Rome

Rome

Rome adalah sebuah destinasi pelancongan terkenal di dunia. Bersesuaian dengan gelaran sebagai Kota Abadi, ia telah berjaya mencuri perhatian manusia sejak beribu tahun lamanya. Pernah menjadi pusat pemerintahan Empayar Rom namun pada masa kini ia memainkan peranan sebagai sebuah destinasi pelancongan yang sukar ditandingi dan berjaya menarik kunjungan berjuta-juta pelancong setiap tahun untuk merasai makanan, kesenian dan menghayati sejarah.

Dibahagikan kepada beberapa zon, mercu tanda terkenal Rom berada di sekitar pusat bandar atau berhampiran. Colosseum, runtuhan Palatine abad ke-8 BC dan Roman Forum berada berhampiran dengan stesen metro Colosseo, berhampiran dengan pusat membeli-belah Via del Corso. Di kawasan pusat bandar, Pantheon, Air Pancut Trevi dan Spanish Stairs terletak lebih kurang sepuluh minit antara satu sama lain; Piazza Navona, berada di Tiber, juga berhampiran - di selatan Bandaraya Vatican.

Termini adalah tempat pertemuan keretapi Rom. Ia menjadi tempat berkumpul penumpang dari Paris dan tempat-tempat lain dari serata Itali dan menjadi hab aktiviti seharian 24 jam. Hotel berhampiran Termini menyediakan keselesaan untuk penumpang keretapi dan bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan keretapi ekspres ke Lapangan Terbang Antarabangsa Fiumicino. Pelancong mudah untuk mencari perkhidmatan bas, rangkaian metro dan teksi dengan kemudahan medan selera, pusat membeli-belah dan pasar yang turut berada di kawasan ini.

Bagi benar-benar menikmati suasana kafe kosmopolitan, penginapan di tengah bandar adalah pilihan yang betul. Berhampiran dengan Spanish Stairs, Via Veneto dan aneka kafe, penginapan di tengah bandar menyebabkan pelancong sukar untuk mendapatkan teksi tetapi kedudukan ini berhampiran dengan tapak sejarah dan mudah ke stesen metro.

Hidangan di Rom melengkapkan pengalaman berkunjung ke sini. Hari pelancong akan dimulakan dengan meneguk espresso sebelum menjamah makanan berkarbohidrat dan hidangan yang berlanjutan dan banyak. Restoran di tengah bandar menawarkan pelbagai menu set agar menepati selera tetamu dan bagi mereka yang ingin merasai sesuatu yang manis, penjual gelato mudah didapati di mana sahaja.