number of reviews

Pelanggan kami gemar Samui berdasarkan 84,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Samui

Kawasan utama di Samui

Samui

Koh Samui merupakan salah satu daripada pulau yang masyhur di Thailand, terletak di bahagian teluk Thai di selatan Koh Phang Ngan. Pulau yang amat masyhur ini bukan lagi "permata tersembunyi" dengan kecantikan pantai, suasana pulau yang harmoni dan infrastruktur yang lengkap. Samui mudah dikunjungi melalui Lapangan Terbang Antarbangsa Samui yang terletak di utara pulau dan hanya mengambil masa beberapa minit perjalanan melalui kereta dari Bo Phut dan pantai Chaweng.

Chaweng merupakan antara pantai popular di Samui. Resort di Chaweng terdapat di sepanjang pesisiran pantai dan pada malam harinya, pelbagai restoran, bar dan kelab malam dibuka di sepanjang jalan utama. Chaweng Noi dan Chaweng Selatan antara penginapan yang menarik di mana sebelah malamnya bertukar menjadi sebuah tempat makan penuh dengan restoran dan bar di sepanjang tepian pantai.

Sepuluh minit perjalanan ke Selatan Chaweng merupakan pantai Lamai yang lebih kepada tempat untuk bersantai. Pantai Lamai merupakan pantai kedua terkenal di Samui dan pelancong boleh mendapatkan penginapan dari harga semurah asrama kepada hotel mewah. Terdapat pelbagai bar dan kelab malam di Lamai untuk hiburan di sebelah malamnya.

Di sebelah utara pulau ialah Bo Phut. Ianya kurang maju dibandingkan dengan Chaweng atau Lamai. Hotel serta resort di Bo Phut lebih privasi, walaupun terdapat beberapa kedai dan restoran tidak jauh dari hotel. Bo Phut juga popular sebagai tempat menyelam.

Untuk maklumat lanjut berkenaan hotel dan tempat menarik lain di sekitar Samui, sila klik pada peta Samui di sebelah kiri halaman.