number of reviews

Pelanggan kami gemar San Francisco (CA) berdasarkan 8,800 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang San Francisco (CA)

Kawasan utama di San Francisco (CA)

San Francisco (CA)

San Francisco adalah sebuah bandar yang meriah dan memiliki pelbagai ragam untuk diterokai. San Francisco adalah antara destinasi percutian terbaik dunia dalam erti kata yang sebenar, hotelnya paling bergaya di dunia dan senang dihubungi dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco. Bagi mereka dalam transit, terdapat kemudahan hotel-hotel berdekatan Lapangan Terbang San Francisco yang senang dicari.

San Francisco terkenal dengan masyarakat yang liberal, bentuk muka bumi berbukit, senibina Victoria, pemandangan indah dan kepelbagaian etnik dan budaya. Sejak dari zaman kerubut emas California lagi, bandar ini menjadi tumpuan untuk para pengembara dan pencari harta, dan ini dapat dilihat daripada kewujudan kawasan kejiranan berlainan etnik dan bario, kesemuanya menawarkan sesuatu yang berbeza.

Bagi pelawat, memilih penginapan di pusat bandar adalah cara terbaik untuk menerokai bandar ini. Naik dan turun dari tram pada bila-bila masa, menaiki feri merentasi teluk di bawah Jambatan Golden Gate yang popular atau merayau-rayau menerusi jalan-jalan koloni yang terpelihara.

Kawasan lain di sekitar bandar ini yang perlu dilawati termasuklah Fisherman's Wharf, melihat persembahan jalanan yang hebat dan menikmati hidangan restoran makanan laut, Chinatown dan sudah tentu penjara terkenal Alcatraz.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di San Francisco sila klik pada peta San Francisco di sebelah kiri halaman.