Pilih program kesetiaan anda untuk melihat mata ganjaran
number of reviews

Pelanggan kami gemar Satun berdasarkan 380 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Satun

Kawasan utama di Satun

Satun

Di selatan Thailand, Satun adalah sebuah perkampungan pesisir pantai yang relaks berhampiran sempadan Malaysia. Ia popular sebagai tempat persinggahan dalam perjalanan ke pulau peranginan Malaysia, Langkawi. Sepertimana yang pelancong di Thailand ketahui, Satun menarik kerana senibina Sino-Portugis dan pantai yang sungguh menggoda.

Penginapan di Satun terdiri daripada banglo bajet dengan kemudahan asas, tetapi ia juga menawarkan pilihan pertengahan. Tarikan utama menginap di Satun adalah peluang untuk menerokai Taman Negara Thale Ban dan kawasan pesisiran pantai bedekatan. Operator pelancongan tempatan mempunyai kepakaran mengendalikan eko-pelancongan.

Tempat pelancongan popular yang terdapat berhampiran pekan Satun ialah Muzium Ku Den. Ia ditempatkan di sebuah rumah agam yang dibina sebagai penginapan Raja Rama V apabila baginda melawat kawasan ini pada awal 1900an. Baginda terkenal kerana menerima modernisasi Barat dan senibina rumah ini mempunyai sedikit ciri Eropah. Tarikan lain di Satun termasuk Masjid Mambang Satul dan Kuil Buddha Chanathipchaloem.

Kebanyakan pelancong tinggal semalaman di hotel di pekan Satun sebelum ke Pulau Lipe, tarikan terbesar pelancong ke kawasan ini. Kawasan bergunung-ganang di pulau ini dikelilingi oleh pasir pantai, di mana terdapat resort-resort yang santai dibina. Pulau ini dihuni oleh chao leh atau 'gipsi laut' yang berjumlah beberapa ratus orang dan menikmati suasana autonomi sederhana, manakala perkampungan mereka adalah tarikan utama.

Lapangan terbang terdekat dengan Satun terletak di Hat Yai. Pelancong dari serata Thailand akan menaiki penerbangan dari Bangkok ke Hat Yai dan kemudian menaiki bas ke Satun. Cara lain adalah menggunakan pengangkutan laut melalui jeti Tammalang. Feri dari Langkawi mengambil masa 90 minit untuk sampai.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Satun, sila klik pada peta Satun di sebelah kiri halaman.