number of reviews

Pelanggan kami gemar Seoul berdasarkan 162,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Seoul

Seoul

Seoul adalah salah sebuah metropolis terhebat di dunia, ditangga kedua setelah Tokyo dari segi kepadatan penduduk. Satu daripada empat penduduk Korea Selatan tinggal di bandar, angka yang pasti meningkat kepada nisbah satu daripada dua orang jika kawasan metropolitan diambil kira. Sebagai sebuah ibu negara ekonomi ke 11 terbesar di dunia, kejayaan kewangan Seoul adalah luar biasa, tetapi sejarah berusia enam abad juga perlu diterokai.

Tapak bersejarah di Seoul termasuk lima buah istana diraja yang pernah menempatkan pelbagai dinasti sepanjang pemerintahan beraja. Dibina pada tahun 1405, Tapak Warisan Dunia Changdeok-gung adalah sesuatu yang paling menarik dalam senarai yang mengandungi kawasan bersejarah lain seperti kuil Buddha, makam diraja dan beberapa buah muzium bertaraf dunia. DMZ (de-militarized zone) tidak memiliki sebarang hotel tetapi ia merupakan destinasi lawatan sehari dari hotel di Seoul. Pelancong menjadikan Seoul sebagai markas untuk bermain ski di Ganwon-do atau untuk bersiar-siar di Tapak Warisan Dunia UNESCO, Suwon.

Gabungan lama dan baru dapat dilihat melatari pengalaman membeli-belah di Seoul dimana pasar tradisional dan pasaraya moden saling bertanding bagi mendapatkan pelanggan. Pasar Insadong terkenal di Korea Selatan dan ia pakar dalam kedai cenderamata, galeri seni dan kedai teh tradisional. Kawasan membeli-belah mewah berada di Myeongdong yang menjadi tumpuan hotel berciri Barat. Itaewon juga sebuah tempat menarik untuk membeli-belah.

Gaya hidup moden di Seoul dapat dilihat dengan jelas di Gangnam, di mana restoran dan kawasan hiburan mewah menarik golongan kaya dan berpengaruh. Di sini juga terletaknya kedai dan hotel terbaru di Seoul.

Pintu masuk ke ibu negara Korea Selatan ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Seoul – Incheon, sebuah kemudahan tiga terminal besar yang dapat menampung 30 juta penumpang setiap tahun. Ia berada di Pulau Yeongjong, jauh dari pusat bandar dan disediakan A’REX yang beroperasi di antara kedua-dua tempat ini dalam masa 30 minit. Disebabkan jarak yang agak jauh ini, pelawat dalam tempoh masa singkat lebih gemar memilih untuk menginap di hotel lapangan terbang yang moden.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Seoul, sila klik pada peta Seoul di sebelah kiri halaman.