number of reviews

Pelanggan kami gemar Singapura berdasarkan 514,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Singapura

Kawasan utama di Singapura

Singapura

Kosmopolitan dan bersinar, Singapura adalah salah sebuah bandaraya di Asia Tenggara yang penuh daya tarikan, berperanan sebagai sebuah hab perjalanan yang sibuk dan syurga membeli belah. Kota yang teratur dan bersih ini adalah sebuah negara kecil dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi mudah didatangi dari hotel di pusat bandar sama ada melalui jalan raya atau keretapi dalam masa lebih kurang 30 minit.

Orchard Road adalah sebuah kawasan yang paling dikenali di Singapura - kawasan di mana gedung kecil dan gedung mega bergabung membentuk kawasan runcit yang serba lengkap di dunia. Dihubungkan menerusi tempat pejalan kaki dan jalan bawah yang berpenghawa dingin, pembeli boleh menjelajah ke seluruh kawasan beli belah utama di Orchard Road tanpa perlu berpanas terik.

Selain terkenal sebagai tempat beli belah, Singapura juga memiliki dunia seni yang berkembang maju. Kompleks Esplanade berdekatan pelabuhan menjadi penganjur kepada persembahan opera, pertunjukan muzik dan konsert serta menjadi sebahagian daripada zon hiburan dengan kemudahan restoran, bar, amphiteater dan galeri seni. Di kawasan marina ini juga letaknya ikon kota Singapura, Merlion, menghadap laut dengan pemandangan kapal layar dan Marina South City Park yang baru dibangunkan.

Pelawat ke Singapura pasti rambang mata dengan pelbagai pilihan makanan dan hiburan. Clarke Quay adalah salah satu kawasan hiburan yang baru menjalani pengubahsuaian dan terkenal di kalangan pelancong asing dan masyarakat tempatan. Little India menawarkan persekitaran bohemian dengan kewujudan cafe terkini di kalangan tempat makan bajet, pub berstail Inggeris dan kemudahan penginapan yang berpatutan - kesemuanya terletak di kawasan rumah bandar pra-perang. Persimpangan Bugis adalah sebuah kawasan yang perlu dilawati, jalan berturap batu buntar, pasar, kedai dan bangunan yang dicat terang, menjadi kawasan tumpuan di kalangan anak muda di sini.

Di penghujung spektrum terletaknya Raffles Hotel, Mandarin Oriental dan Ritz Carlton di mana pembeli boleh menikmati hidangan teh atau Pimms. Setelah senja, pelawat boleh mengunjungi kelab-kelab di sekitar Singapura atau mencuba sesuatu yang baru, Night Safari - lawatan ke zoo yang mempunyai haiwan nokturnal eksotik dalam habitat semulajadi.

Di seberang pelabuhan, perjalanan singkat dari pusat bandar Singapura terletak pulau Sentosa - resort percutian yang dibina di atas kawasan laut yang ditambak, dengan pantai tropika buatan, padang golf dan beberapa buah resort.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Singapura sila klik pada peta Singapura di sebelah kiri halaman.