number of reviews

Pelanggan kami gemar Stockholm berdasarkan 3,900 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Stockholm

Stockholm

Mudah untuk menganggap Stockholm sebagai bandar terindah di Scandinavia walaupun ramai berpendapat ia layak mendapat pengiktirafan yang sama pada peringkat antarabangsa. Bandar ini merupakan sebuah bandar terawal dan mempunyai gaya terkini yang menawarkan pelbagai tarikan daripada perkampungan bersejarah dan elegan ke butik-butik bergaya dan hiburan malam yang meriah. Berlatarbelakangkan bandar ini adalah pemandangan fjord, tasik dan pulau-pulau.

Tempat membeli-belah dan hiburan tertumpu di kawasan komersial Norrmalm. Ia terletak di pusat bandar yang juga menjadi tumpuan hotel-hotel di Stockholm. Kawasan di sekitar medan Odenplan dimonopoli oleh kedai-kedai, restoran dan kelab.

Satu kawasan lagi yang menjadi tumpuan pusat hiburan adalah Djurgarden di daerah Östermalm.Ia menjadi tumpuan golongan berada serta dikelilingi oleh taman, kelab jazz dan pelbagai kedai. Kawasan taman memiliki beberapa buah muzium terbuka serta dua buah universiti yang terkenal di Sweden.

Bandar Lama (Gamla Stan) terselamat daripada pengeboman semasa WWII. Pelancong berpeluang melihat bangunan parlimen dan istana diraja serta bangunan warisan silam yang terdapat di lorong batu buntar. Tempat penginapan di Stockholm terutama di Bandar Lama ini sangat mesra di mana pelancong mudah untuk dibawa ke dalam nostalgia.

Kawasan penempatan lain yang memiliki nostalgia yang perlu dilawati adalah Sodermalm, kawasan bangunan warisan yang telah menjalani proses baik pulih dan pengindahan berhadapan waterfront. Di sini suasana old-world kurang berpengaruh berbanding suasana bohemia yang meriah di mana kelibatnya boleh dilihat di cafés, galeri seni dan kelab.

Lapangan Terbang Stockholm - Arlanda adalah pintu masuk antarabangsa. Pelancong akan dibawa ke pusat bandar menerusi perkhidmatan teksi, bas dan keretapi ekspres. Hotel berhampiran lapangan terbang sering menjadi tumpuan pengunjung bisnes berbanding pelancong yang terus ke pusat bandar yang memiliki pelbagai tarikan menarik.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Stockholm, sila klik pada peta Stockholm di sebelah kiri halaman.