number of reviews

Pelanggan kami gemar Tokyo berdasarkan 145,000 ulasan


  1. Lebih lanjut tentang Tokyo

Tokyo

Bandar berteknologi tinggi dan memberi kesan ini adalah sebuah destinasi menarik yang tiada penghujungnya. Salah sebuah bandar yang paling berteknologi ke hadapan dan menarik untuk dihuni, Tokyo memberi kekaguman dalam banyak perkara. Menseiringkan tradisi dan futuristik, Tokyo adalah bandar alpha yang sebenar - kuasa ekonomi, kekuatan budaya dan kemajuan dalam aspek seni dan sains. Terletak di Teluk Tokyo dalam pulau Honshu, wilayah Tokyo mempunyai populasi seramai 12 juta orang. Terbahagi kepada 23 bahagian khas - setiap satu memiliki karakter tertentu - Tokyo dihubungkan oleh rangkaian keretapi yang sangat cekap. Kebanyakan hotel di Tokyo berada beberapa minit dari stesen keretapi, oleh itu menjelajah bandar ini menggunakan keretapi adalah satu pengalaman yang menyenangkan walaupun bagi pengunjung yang pertama kali ke sini. Kawasan popular di Tokyo berada di rangkaian JR Yamanote. Ia termasuk Shinjuku, Shibuya dan Shinagawa, Shinagawa merupakan pusat pertukaran utama dan landasannya berhubung secara terus ke Lapangan Terbang Narita. Shinjuku merupakan kawasan pentadbiran dan perniagaan serta menjadi tumpuan hotel berkelas eksklusif, kedai dan bar mee. Berbeza berbanding Shibuya yang mempunyai tempat membeli-belah yang meriah dan tempat hiburan malam yang terkenal di kalangan golongan muda. Jalan utama dipenuhi dengan restoran udon, butik fesyen dan bar manakala lintasan yang menjadi ikon kepada Shibuya terletak di luar stesen keretapi. Harajuku adalah kawasan yang perlu dituju oleh penggemar fesyen terkini, di mana barisan butik dibuka disepanjang jalan dan golongan remaja berkosplay berkumpul. Bagi sesuatu yang lebih rohaniah, Makam Meiji berada di tengah-tengah kawasan hutan seluas 175 ekar bersebelahan stesen Harajuku. Hentian menarik yang terdapat di laluan Yamanote adalah Akihabara - bandar elektronik. Di sini, pembeli dapat menemui banyak kedai menjual kamera, notebook, konsol permainan dan telefon. Menjelang malam, kebanyakan pelancong mengunjungi Roppongi, kawasan yang menempatkan kedutaan, kelab, pasaraya dan bar. Kebanyakan perkhidmatan di sini lebih menumpu kepada golongan diplomat dan orang asing memandangkan kawasan ini mempunyai golongan ini yang ramai. Tokyo mempunyai dua buah lapangan terbang utama - Haneda, bagi penerbangan domestik dan Narita yang berada 60 kilometer dari bandar Tokyo. Hotel di Narita menjadi pilihan tetamu yang singgah sebentar memandangkan Lapangan Terbang Narita merupakan salah sebuah hab udara yang tersibuk di dunia. Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Tokyo, sila klik pada peta Tokyo di sebelah kiri halaman. Tip melancong ke Tokyo: Papar dan muat turun peta lengkap Peta Laluan Subway Tokyo