number of reviews

Pelanggan kami gemar Vancouver berdasarkan 2,370 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Vancouver

Kawasan utama di Vancouver

Vancouver

Vancouver adalah kejayaan terbaru Kanada yang cekap dan moden serta penuh dengan nostalgia. Ia adalah bandar terbesar di sebelah barat negara ini dan secara perlahan-lahan berjaya mengatasi perusahaan kayu untuk menjadi sebuah tempat tumpuan kebudayaan yang riang dan bertenaga.

Suasana dunia lama British masih terikat pada Selatan Granville meskipun ia telah menjadi kawasan perindustrian tidak lama dahulu. Kerajaan menyuntik Pulau Granville dengan bantuan kewangan yang amat diperlukan beberapa tahun lalu dan seluruh daerah berkembang menjadi kawasan komersial yang dipenuhi pub Inggeris, butik kraf, pasar terbuka dan hotel-hotel terbaik di Vancouver.

Kebanyakan tempat penginapan di Vancouver terletak di pusat bandar yang memudahkan pengunjung untuk ke kelab-kelab terkini, cafe dan lounge yang berdekatan antara satu sama lain. Jika dibandingkan dengan bandar besar lain, Vancouver lebih kecil, tetapi ia menawarkan banyak perkara sebagai sebuah kosmopolitan. Dari institut kebudayaan seperti Muzium Antropologi sehingga Chinatown dan taman klasik Cina yang sungguh indah. Vancouver juga memiliki kawasan beli belah yang menarik termasuk gedung-gedung besar dan pasar etnik yang eksotik.

Tidak dapat dinafikan perkara yang membuatkan pengunjung teruja di Vancouver terletak pada aktiviti luar. Setiap musim sejuk, peminat ski akan berarak di Vancouver sebagai persinggahan terakhir sebelum ke gunung. Terdapat kereta kabel di gunung Grouse berhampiran dan gunung ini menjadi tumpuan pemain ski di musim sejuk dan sebagai tempat mendaki pada musim panas. Aktiviti lain yang dapat dilakukan sepanjang musim panas adalah seperti mountain biking, membersih pantai, berkayak dan bermain golf. Terdapat trek yang luas terletak ke utara dan timur di taman negara.

Laluan yang paling mudah untuk ke Vancouver adalah menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver. Dari sini, perkhidmatan Airporter akan membawa penumpang ke pusat bandar, dan akan berhenti di setiap hotel utama di sepanjang jalan. Lapangan terbang ini menyediakan khidmat penerbangan ke seluruh Amerika Utara dan bahagian-bahagian tertentu di Asia dan Eropah.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda di Vancouver sila klik pada peta Vancouver yang berada di sebelah kiri halaman.