number of reviews

Pelanggan kami gemar Yangon berdasarkan 30,000 ulasan


  1. Destinasi
  2. Lebih lanjut tentang Yangon

Kawasan utama di Yangon

Yangon

Walaupun Naypyidaw telah menggantikan Yangon sebagai ibu negara Myanmar pada tahun 2005, Yangon masih dirasai pusat sebenar negara ini. Kawasan tepian air yang bersejarah dan lapisan senibina koloni-British yang mengagumkan terkepung oleh pemerintahan tentera diktator, tetapi ia sangat mempesona dan dinamik.

Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon adalah pintu masuk ke Myanmar dan terletak 30 minit di luar kawasan bandar. Hotel di Yangon terletak di pusat bandar, dan harga berpatutan dikenakan termasuk pilihan penginapan bajet dan pertengahan. Pelancong dikehendaki membayar dalam matawang dolar US terutamanya di penginapan yang menyediakan penjanakuasa bagi mengelakkan pengunjung bergelap.

Tempat yang harus dilawati di Yangon adalah Shwedagon Pagoda yang terletak di atas Bukit Singuttara. Lokasi ini telah menjadi tapak pagoda sejak kurun ke-6 lagi, tetapi lagenda tempatan menceritakan ia berada jauh lebih lama lagi di sini. Struktur hebat ini sahaja sudah cukup untuk menarik pelancong ke Yangon walaupun begitu masih terdapat banyak lagi tempat menarik sekitar Yangon. Bandar ini bermegah kerana memiliki taman zoologi, beberapa katedral dan koleksi tasik.

Penginapan terbaik terdapat di pesisir Tasik Inya, kawasan air terbesar di bandar ini. Kawasan ini juga turut menarik minat anggota junta yang memerintah untuk tinggal di vila mewah tepi tasik.

Kedai di pusat bandar Yangon hanya akan dibuka menjelang awal petang apabila peniaga mula membentang perniagaan kraftangan, antik dan tekstil di Chinatown dan Pasar Bogyoke Aung San. Arena masakan di sini tumbuh secara eksponen sejak beberapa tahun ini, dan menyediakan gabungan pengaruh masakan Shan, India, Cina dan British.

Bagi mendapatkan lebih informasi mengenai hotel dan mercu tanda lain di Yangon, sila klik pada peta Yangon di sebelah kiri halaman.