Kembali ke maklumat hotel

Komen terkini daripada pengunjung

Pilih Jenis Pengunjung
Baik



daripada 1179 ulasan
  • Keadaan Hotel/Kebersihan 6.3
  • Kemudahan 5.2
  • Lokasi 7.6
  • Keselesaan/Standard Bilik 6.7
  • Layanan Kakitangan 6.5
  • Berbaloi dengan harga 6.1
  • Makanan/Tempat Makan 5.7
Saring ikut

juni R. dari Malaysia
Pasangan
Menginap satu malam di Mac 2013
tak best
overated hotel
Diulas 20 Mac 2013

Romzi A. dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap satu malam di Februari 2013
Menyeronokkan
Kolam renang untuk anak-anak yang menyeronokkan
Pengalaman menyeronokkan.Kemudahan kolam renang untuk anak-anak yang berhampiran dengan bilik. Pemandangan laut dan desiran ombak yang akan menenangkan fikiran.Berihat serta bersantai untuk melepaskan bebanan kerja seharian.
Diulas 23 Februari 2013

Faredah B. dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap satu malam di Februari 2013
lokasi sesuai untuk bersantai
berdekatan pantai dan pusat pelancongan lain
Saya dapati hotel ini amat sesuai untuk penginapan bersama keluarga Kerana semua kemudahan tersedia. Kolam renang betul-betul di tepi Pantai dengan pemamdangan yang menarik. Tahap kebersihan sederhana Saya dapati bilik berbau rokok. Bersebelahan dengan kawasan hotel ialah Damai central yang menyediakan tempat makan dengan pemandangan yang menarik. Pelbagai pilihan tempat pelancongan boleh dikunjungi seperti kampung Budaya dan Rain forest.
Diulas 17 Februari 2013

ROHANA T. dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap 2 malam di November 2012
Hotel dengan kolam yang menarik
Kolam kanak- kanak bersih dan menyeronokkan
Hotel ini cantik dan bersih dan menyediakan kemudahan lengkap untuk percutian keluarga dengan anak kecil yang memang sukakan percutian mandi-manda. Pantainya yang bersih dan amat cantik. Sarapan banyak pilihan. Bagi penginap yang berkereta sendiri , tempat letak kereta adalah jauh dari hotel dan agak terpencil walaupun terdapat guard di pintu masuk. Tempat letak kereta yang berdekatan hotel dikenakan RM 20 perday. Hotel ini juga tidak menyediakan seterika di bilik dan tiada bilik menggosok. Cas RM30 perjam dikenakan jika seterika dihantar ke bilik.
Diulas 02 Disember 2012

siti J. dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap satu malam di November 2012
Hotel menarik, bilik sederhana,bilik air kecil
layanan kakitangan bagus dengan senyuman....ada 2 kolam utk kanak2, best...
bilik selesa tapi sederhana besar. bilik air kecik ngat....
Diulas 28 November 2012

shahira P. dari Malaysia
Pasangan
Menginap satu malam di Oktober 2012
lokasi yang mendamaikan
pemandangan yang cantik
sangat memuaskan. kakitangan peramah dan sangat sesuai untuk pasangan mahupun keluarga. permandangan terus ke pantai amat mendamaikan.
Diulas 31 Oktober 2012

DAYANG S. dari Malaysia
Keluarga dengan anak kecil
Menginap satu malam di Julai 2012
Permandangan Terbaik Pernah Saya Lihat
Sangat suka pada pemandangan laut dan kolam kanak-kanak yang luas dan selamat
Tempat yang sangat menarik untuk berehat dengan pemandangan laut yang sungguh cantik.Kolam renang juga luas dan tidak terikat kepada etika pemakaian pakaian di kolam seperti lain-lain hotel.Anak-anak sangat gembira berenang dan bermain di kolam yang luas dan ketinggian air sangat sesuai dengan umur kanak-kanak.Cuma yang tidak berapa elok ialah keadaan singki yang tersumbat yang perlu pihak hotel uruskan serta buffet sarapan perlu ditambah bilangan pilihan makanannya.
Diulas 17 Julai 2012

NOORLIZA R. dari Malaysia
Pasangan
Menginap satu malam di April 2012
Hotel menarik dan perkhidmatan dengan senyuman
pantai yg sungguh cantik
Saya dan pasangan saya berpuas hati dapat menginap disana. Suasana malam yang sungguh romantik. Makanan yang begitu sedap dan menyelerakan. Harga pun berpatutan..
Diulas 03 Mei 2012

YAZID D. dari
Keluarga dengan anak remaja
Menginap satu malam di November 2011
Good hotel!!
Sunyi sepi
Penginapan yang menarik dengan pemandangan yang mempesonakan.
Diulas 14 April 2012

Eko K. dari Malaysia
Keluarga dengan anak remaja
Menginap satu malam di Mac 2012
Lokasi yang menarik
Resort yang berdekatan dengan Gunung Santubong
Resort yang bersih. Begitu juga udara yang bersih, sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Perkhidmatan hotel yang baik dan layanan hotel juga memuaskan. Resort yang terletak di kaki Gunung Santubong menambahkan lagi tarikan di resort ini.
Diulas 02 April 2012