arrow-up-icon Terima mata bagi program kesetiaan anda!
Kembali ke maklumat hotel

Di atas purata 5.7
berdasarkan 126 ulasan

Komen terkini daripada pengunjung

Pilih Jenis Pengunjung
Di atas purata



daripada 126 ulasan
  • Keadaan Hotel/Kebersihan 5.5
  • Kemudahan 4.0
  • Lokasi 6.1
  • Keselesaan/Standard Bilik 6.2
  • Layanan Kakitangan 6.2
  • Berbaloi dengan harga 5.4
  • Makanan/Tempat Makan 4.6

4 Mohd S.
Malaysia
07 Februari 2013
Lokasi Menarik Perkhidmatan Teruk
Rekabentuk dan Lokasi yang Menarik
Bermalam untuk perjalanan perniagaan seramai 3 orang. Perkhidmatan yang tidak memuaskan dengan lampu korridor aras 1 yang tidak dipasang dan sarapan pagi yang amat tidak patut untuk penginapan yang. Persekitaran yang tidak terurus dan balkoni yang tidak disapu. Pintu almari yang pecah dan TV yang tidak mempunyai remote control dan TV yang rosak dengan masalah untuk menurunkan suara. Pada malam tersebut TV menjerit disebabkan semakin ditekan dan suara akan terus meningkat. Surau yang menjadi bilik Setor dan rumput persekitaran yang tidak dipotong dan dipenuhi lalang.

4.7 mohamad S.
Malaysia
29 Januari 2013
hotel yang biasa
bilik besar
Bilik memang besar. Saya berpuas hati dengan keadaan bilik cuma bilik air agak mengecewakan sebab 1st time guna keluar air karat seolah olah bilik tersebut sudah lama tidak digunakan. Dalam agoda sarapan untuk tiga orang tetapi pihak hotel hanya memberi sarapan untuk dua orang sahaja. Alasan pihak hotel 1bilik hanya diberikan 2orang sarapansahaja. Kolam renang pula agak mengecewakan..

6 ROSNANI L.
Malaysia
04 Januari 2013
nice hotel
not bad laa
bilik besar tapi suasana keseluruhan hotel sunyi dan kurang bersih

7.3 Asmawi B.
Malaysia
30 Disember 2012
Quieit but nice rooms
Great rooms.
Lokasi hotel terletak di kawasan aktiviti perikanan. Persekitaran hotel senyap dan aman amat sesuai kepada yang mahu rehat tanpa gangguan. Kemudahan bilik dan keluasan bilik amat bagus sekali sesuai untuk keluarga yang membawa anak kecil. Pengurusan hotel perlu meningkatkan perkhidmatan dan menu di primis restoran walau macamanapun kemudahan restoran terutama restoran ikan bakar dan makanan laut banyak sekali berdekatan dengan kawasan hotel. Malangnya kemudahan kolam-renang tidak dapat di gunakan. secara keseluruhan - Hotel yang cantik dengan kemudahan bilik yang memuaskan. Lokasi hotel amat sesuai untuk transit ke distinasi pelancungan dan rekriasi berdekatan.

6.3 HASRUL H.
Malaysia
27 Disember 2012
Bilik yang cantik, Untuk Tetamu yang bayar mahal
Bilik Besar
saya telah diberikan bilik sebagaimana yang saya booking melalui Agoda cumanya spesifikasi bilik itu tidak seperti mana yang diiklankan. Bilik dengan CRT TV bukan LCD TV bila saya minta ditukarkan kepada bilik yang sebagaimana saya baca melalui booking di Agoda, front office cakap yang saya telah booking bilik murah melalui internet. Saya juga minta jasa baik pihak hotel untuk bilik di tingkat yang lebih rendah kerana Ibu saya mengalami masalah untuk memanjat tangga, namun apa yang diulangi adalah bilik lain mahal, booking internet murah, duduk di bilik murah. Hotel Kampung.

7.3 mohamad O.
Malaysia
25 Disember 2012
Hotel selesa tetapi tiada kemudahan untuk beriadah
Kemas, menarik dan bersih
Hotel yang cukup selesa untuk menginap, bilik yang luas dan selesa. Staf yang mesra dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang tetapi kekurangan dari segi kemudahan untuk berhibur bersama keluarga seperti tiada kolam renang, tempat istirehat di luar hotel, taman dll.

9 Shamsul A.
Malaysia
15 Disember 2012
Hotel yang menarik dan selesa
Bilik yang luas
kemudahan yang disediakan sangat memuaskan. bilik yang selesa dan dilengkapi dengan wifi yang memudahkan para pengunjung.. di jamin puas hati.. cuma persekitaran kurang memuaskan.. harap pihak pengurusan dapat ambil tindakan selanjutnya..

7 Kamarudin I.
Malaysia
28 November 2012
Penyambut tetamu manis tapi persekitaran teruk.
Bilik luas dan penyambut tetamu yg ramah.
Ok. Bilik luas & pekerja yg ramah. Persekitaran luar tidak terurus. Sarapan pagi yang tiada pilihan. Tq.

6.7 ANUAR J.
Malaysia
05 September 2012
Lokasi yang menarik
Pemandangan indah
Semua pekerja Hotel Primula Pointray Besut peramah dan pemurah dengan senyuman. Setiap persoalan dan permintaan saya dilayan dengan sempurna. Keadaan bilik agak sederhana dengan bilik air yang agak kurang memuaskan. Hiburan melalui televisyen juga agak mengecewakan dengan siaran tidak jelas. Ini menyebabkan anak-anak saya tidak seronok berada didalam bilik. Pemandangan melalui pintu belakang agak mencacatkan dengan persekitaran tidak terjaga, terdapat sampah sarap merata-rata. Sarapan pagi juga tiada banyak pilihan dengan hidangan utama sudah pun sejuk. Tiada hidangan untuk kanak-kanak.

8.7 Muhammad S.
Malaysia
17 Julai 2012
Great Location
Location
Lokasi yang strategik dan berdekatan dengan pantai. Keluasan bilik yang besar dan besesuaian untuk mereka yang ingin beristirehat tanpa ganguan.