atau

Mengenai Agoda.com

Agoda.com (www.agoda.com) merupakan salah satu daripada platform hotel dalam talian yang berkembang paling pantas di dunia, menyenaraikan ratusan ribu hotel dan menyediakan perkhidmatan dalam 38 bahasa berbeza. Syarikat ini ditubuhkan pada 2005 oleh dua veteran dalam industri pelancongan dalam talian dan pada 2007, diambil alih oleh Priceline Group, penjual bilik dalam talian terbesar. Priceline Group didagangkan secara awam di NASDAQ (Nasdaq: PCLN) dan sebahagian daripada S&P 500.

Agoda.com mempunyai seramai 1,300 pekerja professional dalam bidang pelancongan, mewakili lebih daripada 20 negara. Terdapat pejabat-pejabat operasi utama di Singapura, Bangkok, Kuala Lumpur, Tokyo, Sydney, Hong Kong, dan Budapest, dengan operasi tambahan di bandar-bandar utama seluruh Asia, Afrika, Timur Tengah, Eropah dan Amerika. Pengurus-pengurus pasaran berdedikasi mengekalkan hubungan rapat dengan rakan-rakan kerjasama hotel Agoda.com di seluruh dunia, mencipta promosi-promosi istimewa dan program-program pemasaran bagi membantu Agoda.com menawarkan antara tawaran-tawaran terbaik di internet. Kelebihan daya saing ini disokong oleh jaminan harga terbaik.

Laman web Agoda.com yang pernah memenangi anugerah ini adalah pantas, mudah digunakan, dan menggunakan teknologi kelas dunia untuk menawarkan pengesahan segera bagi setiap satu daripada ratusan ribu hotel yang kami senaraikan. Selain seleksi penginapan dan jenis bilik yang luas, jutaan ulasan-ulasan hotel Agoda.com adalah 100 peratus sahih, hanya dihantar oleh para pelanggan setelah mereka selesai menginap di hotel. Akhir sekali, bantuan & khidmat pelanggan 24/7 kami bermakna bantuan adalah pantas apabila diperlukan.

Di Agoda.com, kami menegaskan keutamaan untuk menjadi bertanggungjawab, boleh dihubungi dan keterhubungan. Kami menawarkan para pelanggan set pilihan-pilihan hotel terluas dan sentiasa berusaha untuk menawarkan harga paling kompetitif. Dengan melakukan semua ini, kami harap dapat menjadikan pelancongan lebih berpatutan, boleh diakses, dan menyenangkan bagi para pelanggan di seluruh dunia.

AGODA ® ialah tanda dagang berdaftar AGIP LLC., digunakan di bawah lesen Agoda Company Pte. Ltd.



AS-AGWEB-3B07